2Weeks Bf VS Puppy Love [12]
Friday, 14 September 2012 • 02:42 • 0 comments

Kaisara
sedang lena diulit mimpi sedangkan matahari sudah tegak diatas kepala. Dia
sedikit pun tidak bergerak dari tempat beradunya. Nampak sangatlah tidurnya itu
begitu lena. Sudah berkali-kali Farisya melaung memanggil namanya. Namun
tiadanya satu pun yang didengarinya apatah lagi disahutnya. Farisya sudah mula
geram. Akhirnya Farisya mengetuk pintu bilik Kaisara. Berkali-kali diketuknya
namun masih tiada jawapan daripada Kaisara. Perlahan-lahan tombol pintu
dipulasnya. Nasib baik tak dikuncinya. Haisy minah ni. Tidur mati ke. Rungut
hati kecil Farisya.
Farisya
menghampiri katil Kaisara. Tubuh Kaisara digoncangnya.
“Kaisara
Aisya! Bangunlah wei! Dah siang ni.” Tubuh Kaisara pula ditepuknya.
Perlahan-lahan Kaisara membuka matanya. Dia
kelihatan masih mengantuk. “ Hurm. Dah pukul berapa ni?” tanya Kaisara sambil
mengenyeh matanya.
“Dah pukul
sebelas sayang oii! Cepatlah bangun. Pemalas betullah kau ni. Cepatlah! Nanti
tolong aku pulak.” Arah Farisya kepada Kaisara. Tanpa banyak soal, Kaisara
terus bangun. Tuala mandi dicapainya lalu menuju kekamar mandinya.
“Jom pergi rumah
parent aku.” Ajak Kaisara lalu menutup pintu kamar mandinya.
Aii, minah ni
ajak aku pergi rumah parent dia. Biar betik. Monolog hati Farisya sendiri.
Selama ni, selalu je Kaisara pulang ke rumah parentnya. Dan selalu jugak dia
mengajak Farisya pulang bersama. Namun, setelah beberapa kali ditolak Farisya,
Kaisara sudah tidak mengajaknya lagi. Fed up mungkin. Sekarang ni, entah mimpi
apa, sekali lagi Kaisara mengajaknya pulang kerumah orang tuanya. Farisya
mempertimbangkan permintaan Kaisara. Takkan nak tolak lagi. Kesian pulak minah
ni.hati kecilnya berbisik sendiri. Tapi, kalau pergi rumah si kaisarani balik
bila erh? Sambung hatinya lagi.
“Kiera, kau nak
pergi bila rumah parent kau tu? And kau nak balik bila?” tempik Farisya dari
dalam bilik. Biar Kaisara yang berada di dalam kamar mandi mendengarnya.
“Jap lagi kita
pergilah. Lepas aku siap mandi. Makan kat rumah mama aku lah. Tidur pun kat
sana jugaklah.” Laung Kaisara dari dalam bilik mandinya itu.
Demi
mendengarkan apa yang dikatakan Kaisara, Farisya berfikir seketika. Hurm~ pergi
je lah. Keisan jugak si Kaisara ni. Dah banyak kali ajak aku. Lagi pun dah lama
aku tak jumpa Auntie Ina. Pergi jelah Farisya oii! Hati Farisya berbisik
sendiri.
“Okaylah Kiera.
Aku pergilah. Aku pun dah miss nak jumpa mama kau.”
“Really? Okay
then. Kau pergilah bersiap.” Arah Kaisara. Dia sudah gembira. Bukan kerana
Farisya. Tetapi ada satu perkara lagi. Satu agenda yang tidak diketahui
sesiapa. Dan Kaisara berharap apa yang dirancangnya ini bakal berjalan dengan
lancar. Cepat-cepat Kaisara keluar dari bilik mandinya. Telefon bimbitnya
dicapainya lalu dia mendail satu nombor yang sudah tersenarai dalam senarai
kontaknya. Tidak sampai satu minit, panggilan itu berjawab. Usai berbual dalam
talian, dia terus bersiap. Dibibirnya terukir senyuman. Dia tersenyum puas. Dia
meneruskan langkah menuju ke ruang tamu.
“Riesy? Lambat
lagi ke?” tempik Kaisara setelah menunggu hampir sepuluh minit.
“Coming. Sorry
lambat sikit.” Bicara Farisya sambil menuju ke arah Kaisara.
Mereka
beriringan menuju ke lif. Masing-masing hanya diam seribu bahasa. Tapi situasi
ini tidak bertahan lama. Kaisara mula membuka mulut. Tidak betah apabila
masing-masing hanya diam. Hanya membuatkan suasana menjadi semakin suram saja.
Mereka berbual rancak. Dari satu topic ke satu topic yang lain. Dari kegawatan
ekonomi hingga hal peribadi. Semuanya dibualkan. Sedang leka mereka berbual
tentang hidup masing-masing, terkeluar sesuatu yang membuatkan Kaisara
tersentak sebentar. Nasib baiklah lampu trafik ketika itu sedang merah. Kalau
tidak, mahu mereka kemalangan.
“How’s Ash?”
begitulah soalan yang dilemparkan Farisya. Kaisara senyap seketika. Tidak tahu
apa yang ingin dijawabnya. Soalan yang dilemparkan Farisya ini terlalu
universal. Macam-macam yang diandaikan Kaisara.
“How’s Ash.”
Kaisara mengulangi semula apa yang dikatakan Farisya tadi. Biar jelas semuanya.
Biar Farisya tau bahwa soalan yang dilemparkan itu terlalu universal. Biar
Farisya specifickan sedikit soalan itu. Soalan yang dilemparkan Farisya ini
juga membuatkan dia terfikir kemana menghilangnya Ashraf setelah dia menolak
Ashraf suatu ketika dulu. Rasa bersalah masih bersarang dalam hatinya. Bukan
bersalah terhadap Ashraf. Tetapi bersalah terhadap dirinya sendiri. Bersalah
kerana membohongi hatinya dan sekarang hatinya terseksa. Terseksa kerana
tindakannya yang membuta tuli tahun lepas. Pertanyaan Farisya mematikan
lamunannya.
“Yupt. How’s
Ash? He still in your heart? Still
terkini dalam kau punya carta hati? Still number one dalam carta hati kau?
Still tak boleh forget him? Still love him? Still hoping for him?” bertubi-tubi
soalan yang keluar dari mulut Farisya membuatkan Kaisara yang sedang memandu
menoleh kearahnya.
“Cepumas punya
soalan. Ni jawapan aku untuk soalan kau.” Kata Kaisara sambil menanggalkan seat
belt yang dipakainya.
“Cepumas punya
soalan tu ke jawapan kau tu?” bendul betullah Farisya ni. Tapi, memang betul
pun. Cara Kaisara menjawab soalan tu macam tu aja jawapan dia.
“Nope! Bendullah
kau Riesy!”
“Suka jiwa raga
kau je kan panggil aku bendul! So apa jawapan kau?” tanya Farisya. Masih tidak
keluar dari perut kereta itu. Menunggu jawapan daripada Kaisara.
“I can’t forget him.
I’m trying to. But, still I can’t. He’s not number one in my carta hati. But
he’s the one and only. After my love to the Creator, prophet and my parent. Kau
pun. Still love him? I’m not sure about that. Tapi, hati aku kuat mengatakan
yang aku masih sukakan dia. Aku sendiri tak boleh nak faham perasaan aku
sendiri. I do love Ash. Not Akim, the past one. Yang ni memang aku confirm.
Hoping for him? Nope. Aku dah tak berharap sangat kat dia. Sebab dia sendiri
dah terlalu jauh dari aku. Dia dah macam bintang yang kat langit tu.
Mustahillah kalau aku nak ambik kan?” air mata Kaisara bermain ditubir matanya.
Farisya yang melihat sudah berasa bersalah yang teramat sangat. Heyy mulut,
kenapalah kau gatal nak tanya soalan macam tu hah?
“Kiera, sorry
for that stupid question. Kau janganlah nangis. Kau buat aku rasa bersalah je.
Cheer up friend!” Pujuk Farisya.
“LOL. Mana ada
aku nangis. Air mata ni saja je nak keluar ni. Nak cuci mata aku lah ni.” Ucap
Kaisara sambil senyuman terukir dibibirnya.
“Ada jugak ke
macam tu Kiera?” gurau Farisya. Kaisara hanya diam mungkin sedang melayan
perasaan. Mereka berdua terus keluar dari perut kereta. Kunci pendua yang
berada dalam tas tangannya dicapai lalu disuakan ke pemegang pintu rumah itu.
Sekejap kemudian, mereka berdua sudah berada dalam rumah itu.
Mama Kaisara,
Datin Salina terus keluar dari biliknya apabila pembantu rumahnya, Mak Nah
memberitahunya akan kepulangan anak tunggalnya itu. Sudah hampir sebulan anak
perempuannya idak pulang kerumah. Nak kata sibuk, tidak lah sibuk kerana
pengajiannya sudah tamat. Pekerjaan pula belum ada lagi. Namun, dia optimis.
Hanya berfikir bahawa anaknya yang seorang ini ada terlalu banyak kerja yang
perlu disiapkan. Jadi atas alasan itu lah dia tidak pulang.
Datin Salina
terus menuju kerah anaknya. Tubuh anaknya dipeluk erat. Melepaskan rindu yang
bertamu dijiwa barangkali. Setelah itu, tubuh teman anaknya pula dirangkul
erat. Farisya juga sudah dianggap bagai anak sendiri.
“How your life?”
pendek sahaja pertanyaan Datin Salina kepada anaknya. Mahu tau perkembangan
anaknya.
“So far.
Undercontrol lagi ma.”
“And Riesya, how
about your? Fine?” bertanyakan Farisya pula.
“My life auntie?
Still undercontrol lagi. And go on smoothly with colour.” Jawan Farisya pula.
Rilek je jawapan mereka.
“Okay. So, hidup
korang just fine lah? Baik-baik aja? Tak adalah mama risau sangat.” Datin
Salina pula berbicara.
“Ma, pa mana?
Tak nampak pun.” tanya Kaisara apabila dia tidak melihat pun kelibat papanya.
Dari tadi lagi dia mencari kelibat papanya.
“Papa kamu tu
Sara, kalau cuti pun bukan ada kat rumah. Dia keluar dengan kawan dia. Tengah
hari sikit lagi, dia baliklah tu.”
Mereka terus
berbual dengan rancaknya. Mama Kaisara pula sudah bertanya bermacam-macam
soalan buat mereka berdua. Tidak ubah seperti wartawan. Dan hinggakan cerita
peribadi nak dicungkilnya. Mama Kaisara ni dah terlampau sporting. Erk, tak
adalah terlampau sporting macam tu. Sporting biasa-biasa sajalah. Macam orang
lain jugak lah. Tapi, memang sporting habisslah mama Kaisara ni.
Perbualan mereka
terganggu seketika apabila seseorang menekan loceng rumah itu. Kaisara dengan
rela hati bangun dan menuju ke pintu. Mamanya dan Farisya meneruskan perbualan
tanpa dirinya. Kaisara tersenyum melihat ‘dia’ yang datang ke rumahnya itu.
Kaisara dengan rela hati bangun dan menuju ke pintu. Mamanya dan Farisya
meneruskan perbualan tanpa dirinya. Kaisara tersenyum melihat ‘dia’ yang datang
ke rumahnya itu.
“She’s here.
Come and join us.” Kaisara mempersilakan lelaki itu masuk. Mereka menuju
keruang tamu. Tempat mamanya dan Farisya sedang berbual.
“Lah. Kimi ke
yang datang. Ibu ingat siapalah yang datang tadi.” Kata mama Kaisara apabila
melihat anak saudaranya, Hakimi yang bertandang bertandang kerumahnya. Memang
anak saudaranya memanggilnya dengan gelaran ibu. Alasannya mahu merapatkan lagi
hubungan sebagai ibu saudara.
“Kimi, ibu
kenalkan. Ni kawan Sara, Farisya. But, just call her Riesya.” Mama Kaisara
memperkenalkan Farisya kepada anak saudaranya.
“Kenapa formal
sangat cara ibu kenalkan Riesya ni bu? By the way, Kimi memang dah kenal pun
Riesya ni.” Terang Hakimi kepada ibu saudaranya.
“A’a auntie. Dah
pernah terserempak dengan Kimi for two or three times. Forgot arh.” Farisya
pula menyokong kenyataan Najmi.
Dia memang
pernah terserempak dengan Hakimi. Tiga kali! Tu terserempak dengan Hakimi ketika
dia keluar bersama dengan Kaisara. Kalau ketika dia keluar dengan
teman-temannya yang lain juga sudah beberapa kali Hakimi yang ternampak dia.
Cuma dia aja yang tidak perasan akan kewujudan Hakimi.
“So Kimi, kau
borak-borak dulu erh dengan Riesy. Aku ada something nak cakap dengan mama.
Silakan berbual. Jangan malu-malu.” Kaisara cuba memberi peluang kepada Hakimi.
Tangan mamanya ditarik. Hairan sebentar Datin Salina dengan tingkah anaknya
hari ini. Tidak pernah dibuat anaknya, meninggalkan Hakimi dengan temannya.
“Apa yang kamu
dok rancang ni Sara?” tanya Datin Salina. Sudah yakin ada sesuatu yang
dirancang anaknya tanpa pengetahuan dirinya dan juga Farisya.
“Ma, Kimi tu dah
syok kat Riesya. So, Sara just give him a chance ma.” Perlahan saja suara
Kaisara.
“Sara, Riesya
terlalu baik untuk Kimi. He don’t deserve that lah.” Bangkang mamanya. Suara
mamanya sudah ditinggikan sedikit.
“Ma, Kimi dah
berubah, totally changed! Kimi yang sekarang ni, bukan Kimi yang dulu lagi.
Bukan Kimi yang suka mainkan perasaan orang lagi.” Kaisara cuba menerangkan
yang sebenar.
“Sara,
Riesya tu budak baik. Mama takut dia terluka.” Mama Kaisara menyatakan
kebimbangannya terhadap apa yang akan berlaku jika teman baik anaknya itu
berkasih dengan anak saudaranya yang playboy itu.
“Ma.
Trust me. Kimi totally changed! Sebab tu Sara bagi je dia nak ngorat Riesya.
Lagipun, Riesya tu kawan baik Sara. Dah macam kakak Sara, takkanlah Sara nak
tengok dia terluka. Sebab Sara percaya Kimi dah berubahlah, Sara bagi je Kimi dekat dengan Riesya. ” Kaisara meyakinkan mamanya.
“Kalau
dah itu yang Sara kata. Mama percaya aja lah. By the way, yang Sara sibuk dok
pasang-pasangkan orang lain ni, kita tu bila?” Mamanya sudah menanyakan tentang
dia pulak. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Lantas Kaisara mengambil
keputusan untuk diam sahaja.
“Hah!
Kenapa diam saja?” Datin Salina bertanya lagi apabila anak perempuannya hanya
diam saja.
“don’t
wanna talk bout that ma.” Ringkas saja jawapan yang diberikan Kaisara. Mamanya
pula seakan faham apa yang melanda hati anak daranya ini. Hanya mengangguk
sahaja.
“Sara
tak nak join mereka ke?” mama Kaisara bertanya lagi. Sekadar menduga.
“Nak
pergilah ni.”
“Okay.
Mama pergi dapur dululah. Bila siap makanan, mama panggil semua yer.” Balas
mamanya sambil berjalan menuju kedapur. Menolong Mak Nah didapur.
Kaisara
perlahan-lahan menuju kearah dua orang yang dikenalinya itu. Apalah yang
dibualkan mereka berdua tu. Nampak rancak je.
“Hey!
Rancak berbual.” Sergah Kaisara dari belakang.
“Tak
ada rancaknya, Kiera.” Celah Farisya.
“Really?
Nami, Riesya, apa yang korang bualkan tu earh?” Kaisara cuba menyakat Hakimi dan
Farisya. Tapi, kelihatan macam tak menjadi je.
“Lah.
Bual yang biasa je. Nak join jugak ke?” Hakimi tau Kaisara sedang menyakatnya.
Sebab itulah cepat-cepat dia cover line. Kang tak pasal-pasal Farisya tahu.
Nasib kaulah Hakimi dapat sepupu yang sengal yang terlebih sangat ni.
“Owh.
Biasa je. Aku ingat yang luar biasa.” Macam perli je ayat Kaisara ni. Hakimi sudah menunjukkan isyarat agar Kaisara senyap saja. Namun tidak diendahkan
Kaisara. Farisya hanya mampu tersenyum saja. Entahlah apa yang dibualkan dua
bersaudara itu.
Farisya
yang mula berasa tidak selesa mula mencelah dalam perbualan dua bersaudara itu.
Yelah. Mana taknya, asyik tengok mereka je yang berbual, mestilah rasa tak
selesa. Sebab itulah diamengambil keputusan untuk mencelah perbualan Kaisara
dan sepupunya, Hakimi.
“Kiera,
kau ni kan, kalau bab perang mulut dengan orang, memang nombor satu kan?”
bicara Farisya kerana dari tadi lagi Kaisara dan sepupunya berperang mulut.
“Lah.
You tak tau lagi ke Riesya yang Sara memang suka perang mulut. Sebab dia tu,
mulut aja yang laser. Yang tu je yang dia ada. Cuba ajak dia wrestling, manalah
dia nak. Budak manjakan.” Usik Hakimi. Farisya sudah ketawa. Muka Kaisara pula
sudah berubah menjadi merah. Menahan malu yang teramat sangat.
“Hello
brader! Lu kata gua anak manja erh? Samalah dengan kau brader. Kau pun dua kali
lima jer brader.” Bidas Kaisara pula.
“Wei
korang, stoplah. Sara, jomlah tolong mama kau dengan Mak Nah kat dapur tu.”
Ajak Farisya. Sebenarnya nak leraikan perang mulut mereka ni. Mereka ni kalau
dah letih baru berhenti. Tapi, nak tunggu mereka letih, minggu depan pun tak
berhenti lagi rasanya perang mulut tu.
“Kau
orang nak pergi dapur? Habis aku macam mana?” tanya Hakimi setelah Farisya dan
Kaisara ingin ke dapur. “Aku tetamu wei.” Sambung Najmi lagi.
Kaisara
menoleh. “Hello Kimi. Riesya pun tetamu jugak. Kau pergilah layan PS2 kat bilik
atas tu.”Kaisara berbicara sambil tangannya ditunjukkan kearah tangga.
Hakimi mengeluh. Bongok punya sepupu. At least kau tinggal lah Riesya tu. Kata nak
tolong aku! Hati kecil Hakimi mengomel. “Okay arh! Kau nampak macam nak sangat
aku blah. Aku naik dululah!” Hakimi terus
naik keatas usai berkata begitu.
Kaisara
hanya tersenyum. Dia terus menarik tangan Farisya menuju kedapur. Mereka terus
menolong Mak Nah dan Datin Salina didapur. Sedang asyik dia menolong mamanya
dan pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri, telefonnya
tiba-tiba menyanyikan lagu milik Avril Lavigne, Wish You Were Here. Kaisara
lantas berlari menuju kearah telefon bimbitnya. Dia meneliti nombor itu. Nombor
yang tidak dikenalinya dan tidak tersenarai dalam ssenarai kontaknya. Sekejap
kemudian, suara Avril Lavigne tadi berhenti dan bertukar dengan suara dalam
talian.
“Hello.”
Kaisara memulakan bicara. Salam tidak diberi. Bimbang jika orang bukan Islam
yang menelefonnya.
“Hello.
Boleh saya bercakap dengan Cik Kaisara?” kedengaran suara gadis bertanya dalam
talian itu.
“Ya.
Saya sendiri bercakap.” Dah yang dia
call ni handphone, buat apalah nak cakap macam tu. Mestilah aku sendiri
yang bercakap ni. Dia call handphone. Bukan telefon rumah.ngomel hati kecil
Kaisara. Sengal!
“Cik
Kaisara, begini, saya Cindy, setiausaha kepada Datuk Johari di Ixana Holding.
Saya ingin memaklumkan kepada cik yang cik dah diterima sebagai Interior
Designer di Ixana Holding.” Perempuan yang bernama Cindy itu menyatakan
tujuannya.
“Really?
Oh my!! Thanks God! By the way, bila saya boleh start bekerja?” tanya Kaisara.
Sudah tidak sabar untuk bekerja.
“Bila
Cik Kaisara boleh start bekerja?” tanya gadis berbangsa Cina itu kembali.
“Anytime.”
Pendek sahaja balasan Kaisara.
“So
13th July? Is it okay? The next three day.” Cindy menyatakan tarikh.
Sebenarnya Datuk Johari yang menyuruhnya menelefon Kaisara. Memaklumkan kepada
Kaisara bahawa dia telah diterima bekerja. Kata Datuk Johari lagi, biar Kaisara
mentukan sendiri tarikhnya. Biar dia mempunyai sedikit masa untuk menguruskan
segalanya. Tetapi, jika tidak mempunyai kekangan,sebaik-baiknya mulalah bekerja
pada 13 Julai.
“Sure!”
jawab Kaisara riang. Dia akan bekerja tiga hari lagi dari sekarang!
“Setakat
ni sahaja dulu. Kalau ada apa-apa lagi, saya akan inform Cik Kaisara.”
“Thanks.”
Kaisara menjawab pendek.
“Welcome.”
Talian dimatikan.
Kaisara
terus berlari kedapur. Mukanya berseri.
Macam orang baru lepas menang loteri jer muka dia. Kaisara terus mendapatkan
mamanya yang sedang menggoreng sayur. Segera tubuh mamanya dipeluk erat.
Mamanya yang tidak tahu apa-apa terkejut seketika. Nasib baiklah tidak
terpelanting sudip di tangan mamanya. Kalau tidak, melayang kat muka Farisya
lah benda tu.
“Ma,
I got the job.” Bicara Kaisara kepada mamanya.
“Riesy!
I got that job.” Tempiknya kepada Farisya pula.
Datin
Salina yang tidak pernah tau bahawa anaknya pernah meminta satu kerja lantas
bertanya.”what job? How come mama tak tau yang Sara mintak kerja?”
“Erk,
forgot ma! Ya,forgot! Memang terlupa nak cakap kat mama. Sara apply Interior
Designer dekat satu syarikat tu.” Jujur Kaisara. Bab terlupa tu je, dia
kelentong sikit. Bukan apa, kalau cakap awal-awal, sudah tentu mamanya tidak
akan memberi keizinan. Pasti akan disuruh bekerja dengan papanya. Dia tidak
mahulah bekerja dengan papanya.
“Owh.
Sara ambik course architure. Bukan art and design. Sara pandai ke buat semua
tu?” Datin Salina menyatakan kebimbangannya. Kerja yang dipinta Kaisara
bukanlah kerja yang seiring dengan jurusannya.
“Ma,
siapa susun perabot dalam rumah ni? Siapa hias rumah ni?” tanya Kaisara. Memang
dia pun yang menyusun atur perabot dan segalanya dalam rumah ini. Itu memang
bakat semula jadinya. Malah, susun atur perabut ini mendapat pujian dari
saudara-maranya. Kata mereka, macam Eric Leong pula yang memberi idea.
“Okay
then. Mama tau Sara boleh buat benda tu.” Mamanya kini yakin apabila dia
menyebut tentang itu.
“So,bila
kau start kerja?” Farisya mencelah.
“Next
three day.” Riang bunyi suara Kaisara. Macam kanak-kanak Ribena jer Kaisara.
“So,
anak mama ni dah start kerjalah hari Selasa ni? Duduk dengan Riesya lagilah
ni?” tanya mamnya pula. Manalah tau kalau-kalau lepas dapat kerja ni,
masing-masing dah nak duduk rumah orang tua ke.
“Nope.
Still dengan housemate Sara lagi lah ma. Tunggu nikah kot baru tak tinggal
dengan Riesya.” Ya. Kaisara masih tinggal dengan Farisya. Farisya adalah teman
baik yang sudah dianggap macam kakak sendiri. Apa yang berlaku, semuanya
diceritakan kepada Farisya dengan rela. Tanpa paksaan daripada sesiapa!
“Yelah
kan. Tak kanlah dah nikah pun nak duduk dengan Riesya lagi. Husband nak letak
kat mana?” ayat yang dikeluarkan mamanya ni, nak kata perli tak jugak. Tapi,
sebijik macam perli jer.
“Kalau
auntie nak tauanak auntie ni, kalau boleh nak tinggal dengan Riesya jer auntie.
Al-maklumlah Riesya ni kan baik, caring, pemurah. Ah, lagi satu kan, Riesya
nikan, pandai masak.” Farisya sudah masuk bangkul angkat sendiri ni. Kuat betul
dia memuji dirinya sendiri.
“Hahah!
Ada orang masuk lif tekan sendirikan mama? Tapi ma, Sara confess ni, masakan
Riesy memang sedap…” belum sempat Kaisara menghabiskan ayatnya, Farisya
terlebih dulu memotongnya.
“See
the leg lah Kiera.” Bangga betul bunyi suara Farisya.
“Hello
sist, ayat aku tak habis lagilah. Yang kau pergi memotong tu kenapa? Kan ke tau
memotong itu hanya boleh mengundang kemalangan. Dengar baik-baik ye kakak ku
sayang, masakan kau memang sedap, tapi still tak boleh lawan mama aku
lah.”Kaisara berbicara sambil memeluk manja bahu mamanya.
“Alah.
Aku tak kisah pun kalau tak boleh lawan mama kau. Auntie tu masterchef. Yang
aku kisah sekarang ni, aku boleh kalahkan anak masterchef tu. Tu yang penting.”
Kata Farisya kepada Kaisara sambil tersenyum bangga. Bangga sangatlah tu
Farisya oii!
“Dah
dah lah tu gaduh. Ni semua dah siap. Ada kamu berdua bukan dapat tolong. Tolong
buat bising ada lah. Kaisara, pergi panggil Kimi kat atas tu. Tak payah tunggu
papa kamulah. Dia makan dengan kawan dia.” Arah mama Kaisara apabila makanan
sudah tersedia di atas meja. Kaisara pula menarik tangan Farisya untuk naik
keatas bersamanya. Mamanya hanya tersenyum melihat mereka berdua. Ada-ada
sajalah si Kaisara ni.
Langkah
kaki Ashraf begitu perlahan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.
Dia hanya berseorangan. Tiada yang menemaninya, mengiringinya mahupun
menghantarnya. Sebenarnya hal ini tidak diketahui sesiapa pun. Walau Aiman
sekalipun. Malah, keluarganya juga tidak mengetahuinya. Apa yang mereka semua
tahu Ashraf akan pulang ke Malaysia pada hari Selasa dan bekerja pada hari
Khamis. Ashraf pula mengambil keputusan ini. Pulang ke Malaysia lebih awal
daripada yang dirancangnya tanpa pengetahuan kedua orant tuanya. Hatinya
memberontak untuk pulang ke Malaysia. Dia tidak ingin pulang ke Malaysia. Dia sendiri
tidak tahu mengapa dia mengambil keputusan pulang lebih awal walaupun awalnya
hanya sehari sahaja. Kalau boleh, dia tidak ingin pulang ke Malaysia. Kenapa
harus dia bekerja dengan ayahnya? Tidak bolehkah dia bekerja di UK sahaja?
Tidak perlulah dia pulang ke Malaysia.
Kakinya
melangkah perlahan ingin memasuki balai berlepas. Terasa seperti tidak ingin
meninggalkan kota penjajah ini. Belum sempat dia memasuki balai berlepas, satu
suara memanggil namanya. Ashraf menoleh kearah suara itu. Arghh!! Perempuan ini
lagi.
“Ash,
you dah nak balik Malaysia ke?” tanya Raihanna. Dia hairan melihat Ashraf yang
ingin memasuki balai berlepas. Nasib baiklah dia sempat mengejar Ashraf.
Sewaktu dia kerumah Ashraf tadi, jiran Ashraf memberitahu bahawa Ashraf telah
ke lapangan terbang. Dia terkejut sebentar. Setahunya Ashraf akan pulang ke
Malaysia esok. Kerna itu jugalah dia telah mengambil tiket untuk pulang ke
Malaysia pada hari yang sama. Tup-tup, Ashraf dah ke lapangan terbang hari ni.
“Yupt.”
Jawab Ashraf malas.
“You,
bukan you kata you nak balik esok? Kenapa hari ni pulak?” Raihanna bertanya.
“Suka
hati I lah. Yang you sibuk kenapa?” suara Ashraf ditinggikan sedikit. Dia rimas
dengan perempuan ini.
“I
sibuk kenapa? You taw tak, I ni dah booked tiket untuk esok. I nak balik dengan
you.” Raihanna sudah bertempik disitu. Semua mata memandang kearah Raihanna dan
Ashraf. Entahlah apa yang mereka fikirkan. Tapi, nasib baik jugaklah mereka tak
faham bahasa melayu. Kalau mereka faham pun, setakat I, you saja.
“That’s
your own business. None of mine.” Ashraf berkata sambil melangkah laju memasuki
balai berlepas.
Raihanna
terkaku disitu. Ashraf sememangnya sudah berubah. Semuanya bermula sejak hari
itu. Hari dia bertandang ke rumah Asyraf pagi-pagi buta dan merempuh masuk begitu
sahaja. Raihanna sedar dia telah tersilap langkah dalam usahanya ingin membuat
Ashraf jatuh hati padanya. Akhirnya dia hanya merelakan sahaja Ashraf pulang ke
Malaysia. Tetapi, hanya untuk seketika sahaja. Dan rancangannya untuk pulang ke Malaysia mesti ditangguhkan. Tapi, dia pasti akan menyusul pulang ke
Malaysia juga dan kembali merebut cinta Ashraf. Berharap agar Ashraf akan menjadi
miliknya.