Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS Puppy Love [11]
Friday 10 August 2012 • 23:19 • 0 comments




Suasana dalam bilik itu amat sunyi. Hanya kedengaran suara dari televisyen sahaja. Lelaki itu masih bersandar ditingkap. Berfikir tentang apa yang telah berlaku keatas dirinya. Juga apa yang menyebabkan dia melarikan dirinya sejauh ini. Ke Negara orang ini.
            “Huh.” Lelaki itu melepaskan satu keluhan. Hatinya berasa sakit apabila mengenang semula kisah dahulu. Kadang-kadang dia terfikir mengapa perempuan itu menolak cintanya sedangkan hati perempuan itu memang untuknya. Dia pasti tentang itu. Mengapalah dia menyeksa hatinya, membohongi hatinya. Tidakkah hatinya terseksa apabila dihati kata cinta tapi dimulut, menafikannya. Arghh! Mestilah terseksa. Dia yang cintanya ditolakpun sudah terseksa walaupun tau perempuan itu masih mencintai dirinya. Mencintai dirinya sebagai Ashraf, bukan Hakim. Begitu juga dia. Dia mencintai Kaisara yang sekarang. Kaisara yang selalu bergaduh dengannya. Bukan Kaisara yang dahulu. Bukan Kaisara sewaktu mereka masih kecil. Rasanya, Kaisara juga sedang terseksa kerana membohongi hatinya.
            Arghh! Dia meraup muka dengan tangannya. Hari yang dia tidak ingin menjelang, akan tiba jua, beberapa hari saja lagi. Dia tidak mahu pulang ke tanah air. Bukan tidak cintakan tanah tempat tumpahnya darah, tapi bila dia pulang ke Malaysia, peratusan untuk terserempak dengan Kaisara lebih besar. Mereka itu sudahlah satu negeri. Dekat-dekat pulak tu. Lainlah kalau seorang kat Johor, seorang lagi kat Kelantan. Tak pun, seorang kat Sarawak, seorang kat Pahang. Dia tidak mahu terluka lagi. Dia tidak ingin berjumpa dengan orang yang telah melukakan hatinya. Biarlah jika dia merindukan perempuan itu. Untuk berjumpa dengannya, jauh sekali. Lagi pula, dia kesini untuk melupakan perempuan itu. Tapi belum sempat perempuan itu dilupakan, dia harus pulang semula ke tanah air. Jika dia tidak berjanji dengan ayahnya untuk pulang semula setelah selesai pengajiannya, dia yakin dia tidak akan pulang. Pasti dia akan menabur bakti ditanah penjajah ini. Hidupnya kini dalam dilema.
            Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu itu mematikan lamunannya. “siapalah yang datang?” monolog lelaki itu sendiri.Kakinya melangkah cepat menuju ke pintu. Tidak mahu tetamunya menunggu lama. Muka seseorang yang amat dikenalinya terpacul saat dia membuka pintu.
            “Hey you! Apa yang you buat kat sini?” Ashraf terkejut. Tidak menyangka bahawa dia akan datang ke sini. Pagi-pagi buta pulak tu. Dahlah seorang diri.
            “Ashraf. You janganlah marah macam tu. I kat sini nak jumpa you lah. Kan you seorang jer yang tinggal kat sini. Mana ada orang lain dah.” Tergedik-gedik perempuan itu menutur kata. Haisy. Menyapu sampah(menyampah) betullah minah gedik ni.
            “Gila!” kata Ashraf perlahan. Namun masih cukup untuk didengar oleh perempuan itu.
            “Ashraf. I nak masuk rumah you ni.” Tangan Ashraf ditepis. Perempuan itu terus masuk kedalam rumah Ashraf. Terpana sebentar Ashraf akan tingkah kurang ajar perempuan itu.
            “Hey Raihanna! You dah gila ke? You tau tak, kita dua je kat dalam rumah ni. Please. Tolong keluar. Jangan buat kerja gila lah Raihanna.” Marah Ashraf kepada perempuan yang bernama Raihanna. Ahh, Raihanna itu benar-benar gilakan Ashraf. Semuanya bermula ketika mereka berkhemah setahun lebih yang lau. Raihanna itu merupakan adik kepada temannya, Rayyan. Tapi, beza umur mereka hanyalah setahun saja. Pada mulanya, Raihanna biasa-biasa saja. Tapi, selepas enam bulan, perangai dan tingkahnya berubah seratus peratus. Raihanna yang sebenar sudah menunjukkan belangnya. Kerap juga Raihanna mengajaknya kekelab malam, namun ditolaknya dengan cara yang baik. Saat Ashraf menceritakan segalanya kepada Rayyan, Rayyan mengiyakan memang itulah perangai sebenar Raihanna. Kata Rayyan lagi, mungkin kerana Rihanna dimanjakan sejak kecil dan dia selalu saja dapat apa yang diinginkannya. Kawan-kawan Raihanna juga agak social. Tiada siapa yang boleh menasihatkannya. Pantang ditegur. Mulalah dia merajuk. Nasihat mama dan papanya juga tidak diendahkannya, inikan pula nasihat abang dan kawan-kawannya.
            “Hey Ash. Sini bukannya ada orang care pasal kita. Diorang sendiri pun asyik bawak balik perempuan je. Lagipun, kat sini tak adalah pencegah maksiat nak datang tangkap kita. Tapi, kalau kena pun, best jugak.”
            “Hanna, I paling tak suka perempuan masuk rumah without my permission like you!” jari telunjuk Ashraf betul-betul didepan muka Raihanna.
            Raihanna bangkit dari sofa. “Hey Ash! Macamlah sebelum ni tak ada perempuan yang masuk rumah you. Tak yah dok berlakon suci macam tu lah Ash.”Suara Raihanna ditinggikan sedikit. Minah ni memang kurang ajarlah. Dah lah datang tak dijemput. Lepas tu, buat rumah ni macam rumah dia pulak. Erk, korang jangan tiru tau.
            “Raihanna, watch your words okay! Perempuan-perempuan yang masuk rumah I sebelum ni, semuanya datang dengan kawan-kawan I. Kawan-kawan kelas I. And you pun selalu adakan masa abang you and kawan-kawan dia datanglah. And you, yang you datang sekarang ni kenapa pulak? Pagi-pagi buta pulak tu. Lepas tu main redah je rumah orang!” marah Ashraf. Entah kenapalah dengan Rihanna hari ni,tiba-tiba je datang rumahnya. Dahlah bersendirian. Lepas tu main redah. Siapa tak marah?
            “Really? And you think I’ll believe it? You get me wronglah Ash. I takkan percayalah Ash.” Raihanna kembali kesofa. Kali ini dia bukan duduk lagi. Tapi, dia berbaring diatas sofa. Seperti dia pula tuan rumah itu lagaknya.
            Ashraf menuju kesofa itu. Tangan Raihanna ditariknya. Raihanna terus berdiri. “You know what dear,,” ayat Ashraf terhenti disitu. Raihanna sudah tersenyum. Ashraf menarik Raihanna menuju ke pintu lalu keluar. Raihanna merasakan ada suatu yang tak kena.
            “You know what dear, you just too much!” marah Ashraf. Tangan Raihanna disentap kuat. Dia terus masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan Raihanna.
            Damm! Bunyi pintu dihempas. Raihanna yang berada diluar terpana seketika. Ashraf tidak  pernah berkelakuan seperti itu. Ashraf hari ini kelihatan terlalu garang. Tidak seperti selalu. Selalu apabila dia datang bersama abangnya dan teman-teman Ashraf, Ashraf kelihatan gembira. Namun, hari ini, Ashraf tidak ubah seperti singa. Terlampau garang. Akhirnya Raihanna melangkah turun dari tangga rumah itu.
            Ash, your mine! I tak kisah you cintakan siapa pun Ash! You must be mine no matter what! Forever and ever. Kalau I tak dapat you Ash, perempuan lain pun tak boleh dapat you. I langsung tak kisah kalau you tak cintakan I. Asal I boleh bersama dengan you pun dah cukup. Its enough for me Ash! I really love you and no one can get you if I can’t. no one can’t get your love if the same thing happen to me!
            Raihanna memecut laju keretanya menuju ke sebuah kelab malam. Selepas pulang dari rumah Ashraf tadi, dia menuju ke rumah temannya. Sekarang ini pula dia ingin melapangkan fikirannya dikelab malam ini. Seorang lelaki Inggeris menyapa. Lelaki itu mendekatinya. Raihanna hanya membiarkan sahaja lelaki itu menurutinya. Dia kearah kaunter bar itu. Lelaki itu memesan air yang haram itu lalu menyuakannya. Dia hanya menyuruh lelaki itu meletakkan dulu air itu.  Air yang haram itu dipandang kosong. Air yang haram itu tidak pernah disentuhnya. Malah, tidak pernah terdetik pun dihatinya mahu mencuba air yang haram itu. Walaupun dia terlampau social, tetapi air yang satu itu tidak pernah disentuhnya. Jenuh juga temannya memujuknya mencuba air itu, namun tidak diendahkannya. Walaupun dia kelihatan seperti orang yang tidak memiliki iman, namun dia masih mampu mengawal dirinya daripada meneguk air haram.
            “just try it.” Usul lelaki Inggeris yang mengikutinya tadi.
            “No, thanks!” jawab Raihanna kendur.
            “Do you have any problem? Share it with me.” Lelaki itu memujuknya.
            “Mike, can you help me?” Raihanna pula mengusulkan pertanyaan.
            “Sure. Anything for you dear.” Jawab lelaki ini sambil tersenyum. Ya! Lelaki ini sanggup melakukan apa sahaja untuk perempuan yang dicintainya ini. Dia bukanlah lelaki social yang selalu melepak dikelab malam. Tetapi, demi perempuan ini, dia sanggup datang kekelab malam ini. Dia tahu, Raihanna pasti akan kesini. Dia yakin itu. Dia mula sukakan perempuan itu semasa pertama kali bertentang mata dengan perempuan ini di kolej. Dia tahu Raihanna tergila-gilakan Ashraf. Dan dia tahu, cinta perempuan ini hanya untuk Ashraf. Tetapi, dia tetap tidak akan mengalah seperti Raihanna yang tidak pernah mengalah merebut cinta Ashraf. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Raihanna. Tetapi, satu perkara sahaja yang tidak pernah dah tidak akan melakukannya, meninggalkan agamanya. Dia sudah berjanji dengan dirinya. Sebaliknya dia sendiri akan membuat Raihanna meninggalkan agamanya.Jika Raihanna enggan, dia lebih rela melupakan Raihanna daripada meninggalkan agama nenek moyangnya ini.
            “Can you stop talking to me and stop disturbing me for a while? I need to be alone.” Raihanna meluah isi hatinya.
            “Sure. Anything for you dear. But, if you wanna be alone, this is not the right place. Why not you just back to your home, and get some rest. By the way, I’m leaving now. Call me if you need a help.” Kata Mike sambil berlalu pergi. Dia menghadiahkan sebuah senyuman yang menawan buat Raihanna. Dia sedikit pun tidak terasa diperlakukan begitu oleh Raihanna. Dia tahu Raihanna memerlukan masa untuk semua ini. Dia juga tahu dia harus sabar jika ingin merebut cinta Raihanna. Buat masa sekarang, cinta Raihanna memang untuk Ashraf. Tapi, dia akan memastikan yang Raihanna jatuh cinta dengannya satu hari nanti. Tapi, satu persoalan bermain dimindanya. Mahukah Raihanna menukar agamanya?
            Raihanna masih dikelab malam itu. Dia mengeluh sebentar sejurus Mike melangkah meninggalkannya. Otaknya masih tidak berhenti berfikir. Mengapa harus Mike yang selalu mengambil berat tentangnya? Mengapa Mike yang selalu berada dikala dia sedih? Mengapa Mike yang selalu menjadi penemannya di kala dia sunyi? Mengapa bukan Ashraf? Dan mengapa harus dia jatuh cinta kepada Ashraf? Kenapa bukan Mike? Mike selalu ada untuknya. Hati Mike memang untuknya. Hatinya pula untuk Ashraf. Tetapi, hati Ashraf bukan untuknya. Mike lelaki yang baik. Mike lelaki yang memahami. Tetapi, hatinya bukan untuk Mike. Dan untuk mencintai Mike dia tidak mampu. Sudahlah ada batasan yang menghalang mereka. Jika dia jatuh cinta dengan Mike pun, dia tahu dia akan terluka juga kerana lelaki itu tidak mungkin menukar agamanya. Raihanna akhirnya keluar dari kelab malam yang terlalu meriah dengan muda-mudi yang sedang menari tanpa menghiraukan sesiapa. Keretanya menuju kerumahnya.
           
       Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan Rayyan yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Adiknya muncul dari luar. Dia hanya melihat adiknya berjalan melintasinya. Sudah masak dengan perangai adiknya yang selalu pulang malam. Tapi, dia sedikit pelik. Kebiasaannya adiknya yang seorang itu pulang apabila malam sudah mahu bertukar menjadi pagi. Tapi, malam ini, Rayyan melihat jam ditangannya, jarum jam baru menunjukkan jam dua belas tengah malam. Terlalu awal lagi jika adiknya pulang pada jam ini dan ini memang menghairankan dia. Rayyan meneruskan aktivitinya. Menonton televisyen.
            Sekejap kemudian, Raihanna datang kearah Rayyan. Ditangannya terdapat dua gelas air. Dia menuju kesofa. Mengambil tempat ditepi abangnya. Suara Rayyan memecahkan sepi ruang tamu rumah itu.
            “Kenapa balik awal sangat ni?” tanya Rayyan. Masih hairan.
            “Abang ni, macam tak suka je orang balik awal. Orang balik awal pun marah. Balik lewat lagilah.” Suara Raihanna dikendurkan sedikit.
            “Adik, abang bukan marah. Abang cuma pelik. Biasanya, Hanna bukan reti nak balik kalau jarum jam tu tak tunjuk nombor tiga.” Jelas Rayyan. Tidak mahu adiknya tersalah anggap.
            “Orang malaslah nak lepak malam ni. Lepak rumah dengan abang lagi best.” Kata Raihanna manja. Kepalanya dilentokkan diatas bahu abangnya.
            Suasana sunyi seketika. Raihanna ingin bertanya segalanya tentang Ashraf. Dia pasti abangnya tahu segalanya tentang Ashraf. Abangnya telah lama berkawan dengan Ashraf. Mustahil jika abangnya tidak tahu siapa yang dicintai Ashraf. Tetapi, entahlah. Mulutnya tidak terbuka untuk berbicara tentang Ashraf.  Air yang terletak di atas meja di teguknya.
            “Abang. Abang kenal tak Mike? Budak engine.” Raihanna bertanya. Aduh. Lain yang mahu ditanya. Lain pula yang keluar dari mulutnya.
            “Mike? Oish! Budak tu bijak gilalah. Kenapa?” tanya Rayyan pelik. Dia sendiri sebenarnya mengagumi Mike itu. Pemuda yang berasal dari Berisbane, Australia. Tinggal disini bersama ibu saudaranya. Namanya memang popular dikalangan budak engine. Terlampau bijak. Sebijik macam Rancho dalam 3Idiots pon ada kepala otak dia tu. Pensyarah memang selalu je sebut nama dia. Memang semua dah ada dalam kepala otaknya. Cuma dia tu sedikit pendiam dan tidak berapa social. Anti-social sebenarnya.
            “Tak de apa-apalah. Saja tanya. Abang, bila mama dan papa nak balik sini?” Raihanna cuba mengubah topic. Pertanyaan tentang orang tuanya pula diajukan. Mama dan papanya sekarang berada di China atas urusan kerja ayahnya.
            “Lusa malam.” Jawan Rayyan pendek. Matanya masih pada kotak empat segi yang menayangkan gambar itu.
            “Rindulah kat diorang. Tak pelah, bang. Orang nak naik mandi jap. Lepas tu nak tidur. Gelas tu, abang basuh erh? Ok. Good night my dearest brother.” Raihanna terus melangkah naik keatas. Satu persatu anak tangga didaki nya dengan berhati-hati.
            Rayyan hanya memerhatikan tingkah adiknya. Dia sendiri tidak memahami perangai adiknya. Sekejap adiknya boleh menjadi baik. Sekejap, perangai berubah 180 darjah. Seperti tadi, baik saja perangai adiknya. Tetapi, ketika anginnya datang, pantang ditegur. Pasti hancur rumah ini. Adiknya ini terlampau dimajakan. Dia sendiri sebenarnya turut memanjakan adik yang seorang ini. Rayyan akhirnya turut jua menuju ke tingkat atas. Biliknya dikatup perlahan. Tidak mahu mengejutkan sesiapa. Adiknya mahupun pembantu rumahnya.


PAST
FUTURE