Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS Puppy Love [9]
Friday 6 July 2012 • 14:03 • 2 comments




Hari ini merupakan hari kedua terakhir mereka berlatih. Rupanya sudah beberapa hari mereka berlatih. Tapi Kaisara masih lagi ragu-ragu. Diorang dah orite ke dengan cerita ni? Aku tak nak orang lain tau cerita ni. Nak tukar, tak sempat pulak. Ya Allah. Macam mana ni? Mungkin ada hikmat. Yes! Everything happens for a reason. Lagipun, aku rasa aku patut lepaskan je. Hati Kaisara bermonolog sendiri.
            Farisya dan Kaisara melangkah masuk ke dalam dewan tempat mereka berlatih. Dilihatnya nak buah En. Airyll sedang berlatih. Pandai rupanya anak buah En. Airyll berlakon. Mana taknya, ayah dan mamanya merupakan pelakon terkenal. Aizat dan Farina pula sedang menyiapkan lagu tema drama yang bakal mereka persembahkan nanti. Mestilah Farina yang menyanyi dan Aizat diposisi gitar. Yang lain pula sedang menjalankan tugas masing-masing, menghafal skrip, menyediakan kostum, eh,eh, mana ada kostum, menyediakan minuman. Alah, geng minah gediklah tu.
            “Kiera! Yang kau tersengih sorang-sorang ni kenapa? Dok ingat yang semalam ke?” Farisya mula mem’busybody’ kan dirinya. Dia nampak segalanya yang berlaku semalam. Renungan Kaisara pada Ashraf. Rasanya, temannya yang itu sudah jatuh cinta dengan Ashraf.
            “Semalam? What?” tanya Kaisara. Blur.
            “U the straw to my berry. Apa lagi eah, U’r the one I wanna marry. Sedap suara Ash nyanyi lagu tu.” Farisya sudah mahu menyakat. Muka Kaisara sudah merah. Bukan marah. Tapi, menahan malu. Kaisara sudah tidak tahu dimana harus dia sorokkan mukanya.
            “Kau ngintai ke semalam?” Kaisara inginkan kepastian.
            “Takdir yang menyebabkan aku intai kau.”
            “Hah?” Kaisara masih belum mengerti. Yelah. Dah si Farisya ni guna bahasa sastera. Dia budak architecture. Bukan budak sastera.
            “Ariana yang cakap kat aku, dia nak pergi kat kau. Sebab masa tu Ash dok nyanyi lagu tu. Dia nak dengar. Tapi, aku tak bagilah. Kacau daun je kalau si Ariana tu pergi.” Terang Farisya. Biar jelas semuanya.
            “My! Aku tertinggal something kat dewan kuliah. Temankan aku.” Sambung Farisya setelah dia teringat yang dia tertinggal satu nota.
            “Sekarang? Penting ke?” Kaisara bertanya. Dia sebenarnya malas menemani Farisya.
            “Yupt. Penting. Kertas format untuk assignment tu yang aku tertinggal. Takkan nak pinjam yang kau punya pulak.” Kaisara hanya mengangguk lantas dia menghampiri kearah teman-temannya yang sedang berlatih.
            “Korang,korang teruskan dulu eh. Aku nak pergi dewan kuliah jap. Si Riesy ni tertinggal nota.” Kaisara memberitahu teman-temannya. Mereka terus melangkah keluar menuju ke tempat yang dikehendaki. Teman-temannya meneruskan latihan itu.

Ashraf berjalan menuju kedewan tempat Kaisara dan teman-temannya berlatih drama. Sengaja dia kesitu hari ni. Dia sebenarnya ingin mengajak Kaisara pulang bersamanya dan membawa Kaisara ke suatu tempat. Sebagai hadiah hari lahir Kaisara. Semalam, dia beri apa-apa hadiah kepada bekas teman wanita dua minggunya itu. Kerana itulah dia ingin mengajak Kaisara hari ini.
            Langkah kakinya dipercepatkan. Ingin cepat-cepat sampai didewan itu. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk kedewan itu, dia terkaku seketika melihat pelakon cilik itu.
            “Kim, betul ke Kim nak pindah?”
            “Pindah? Mana Meeya dengar ni?” pelakon lelaki cilik itu pula bertanya.
            “Dah heboh satu sekolah lah.”
            “Mana ada.”
            “Betul ke?” Si cilik itu masih mengikut skrip.
            “Betul lah.”
            “Promise me.”
            Ashraf masih ingat situasi ini. Ingatan Ashraf kembali kepada beberapa tahun dahulu. Ketika dia masih kecil. Sebelum dia berpindah ke UK.
            “Promise what?”
            “Promise yang Akim tak kan pindah sekolah.”
            “Promise.”
Ahh. Ashraf diselubungi rasa bersalah yang amat sangat. Itu bukan niat dia. Tetapi dia terpaksa. Dan sebab itu jugalah dia menjadi pendiam.
            “Ashraf!”
            Jeritan Maya menyedarkan Ashraf dari terus-terusan mengelamun.
            “Ha?” Tanya Ashraf. Tiba-tiba telinganya mendengar lagu yang dinyanyikan Farina. Ahh. Terpukulnya jiwa Ashraf mendengar lagu itu. Siapa dia? Hati Ashraf tertanya-tanya.
            “Maya, boleh aku tau siapa buat semua ni? Skrip. Lagu.” Tanya Ashraf penasaran. Hatinya terasa sedikit gembira.
            “Kiera.” Jawab Maya.
            “Kiera? No wonderlah. Mana dia sekarang?” Tanya Ashraf apabila batang hidung Kaisara tidak kelihatan dalam dewan itu.
            “Dewan kuliah.”
            Ashraf terus menuju ketempat Kaisara. Dia perlu segera berjumpa Kaisara. Perlu segera memberitahu Kaisara hal yang sebenar. No wonderlah aku rasa rapat sangat dengan Sara.


“Riesy, mana kertas kau tu. Kau kata tinggal kat sini kan?” Tanya Kaisara apabila melihat Farisya masih lagi mencari dimana kertas itu.
            “Jap. Aku letak kat sinilah. Hah! Ni pun. Dah jumpa.” Ucap Farisya apabila dia sudah menjumpai kertas format assignmentnya itu.
            “Kiera, aku nk pergi toilet ni.”
            “Alah kau ni Riesy. Aku tunggu kat sini je lah.” Bicara Kaisara. Malas mahu ikut sama. Buat apa pergi toilet kalau sekadar menemani. Lainlah kalau dia sendiri ada hajat. Farisya terus berjalan menuju ke toilet. Ketika Kaisara sedang ralit membelek-belek kertas Farisya, dia disapa oleh Ashraf.
            “Nice story Nur Kaisara Aisya.” Permulaan kepada segala-galanya.
            Kaisara terkedu sebentar. Dia pelik. Macam mana Ashraf boleh tau nama penuhnya sedangkan dia mahupun teman-temannya yang lain tidak pernah memberitahu nama penuhnya. Adam dan Lya jugak tidak pernah tau nama penuhnya. Apa yang mereka tau nama Kaisara ialah Nur Kaisara. Hanya Farisya seorang saja tau nama penuhnya. “Nama saya. Macam mana boleh tau? Farisya cakap eh?” jujur pertanyaan Kaisara.
            “Riesya? Tak ada kena mengena lah. Sebab aku kenal kau. So, aku taulah nama kau.” Jawab Ashraf
            Kaisara sudah bingung. “Ya. I know that. Tapi rasanya Adam dan Lya pun tak pernah tau nama saya ada Aisya kat belakang tu.”
            “Really? Ada one thing yang kau tak tau. Senang cakap aku kenal kau lebih dari Riesya kenal kau. By the way, aku rasa cerita yang kau buat tu ada silap sikit. Aku tak rasa yang Hakim tu sengaja nak mungkir janji. Tinggalkan perempuan tu. Mesti dia ada sebab tersendirikan?” Ashraf sudah memulakannya.
            “Ash, awak ni siapa nak cakap macam tu? Tu cerita saya. Suka hati sayalah nak cakap Hakim tu jahat ke, baik ke. Tu hak saya.” Kaisara masih berlembut walau dalam hatinya sudah panas. Mempertikaikan jalan ceritanya.
            “Cerita tu, cerita betulkan? Tapi, aku ada satu nasihat untu kau, kalau kau nak buat cerita tu, better kau dapatkan dulu penjelasan dari Hakim kenapa dia tinggalkan kau dulu. Aku nak bagitau kau sesuatu, aku sorang je tau apa yang Hakim rasa bila dia tinggalkan kau.” Ashraf cuba mengatakan yang benar. Memang dia sseorang rasa apa yang Hakim rasa. Sebab? Sebabnya... wait and see. Heheheee.
            “Ash, apa yang kau mengarut ni? Kau siapa nak cakap yang kau tau apa yang Hakim rasa? Kau kenal ke Hakim? Kau sendiri tak kenal dia. Kau tak yah cakap banyak lah Ash.” Marah Kaisara. Ashraf sedikit pun tidak terkejut apabila Kaisara berkau aku dengannya. Dia tau Kaisara sedang marah. Sebab itulah terkeluar perkataan kau dan aku tu. Dulu pun macam tu jugak, bila dia marah, perkataan kau aku jugak yang akan keluar dari mulutnya.
            Farisya yang baru hendak melangkah masuk berhenti sebentar. Dia sebenarnya terkejut mendengar Kaisara berkau aku dengan Ashraf. Malah dia juga tak pernah melihat Kaisara segarang itu. Lebih menghairankan nama watak utama drama yang disediakan Kaisara meniti dibibirnya. Tahulah Farisya bahawa Hakim itu sebenarnya wujud. Mungkin cerita itu aada kaitan dengan hidup Kaisara. Tapi, apa kaitan dengan Ash pulak? Hakim tu siapa pulak? Hati Farisya penasaran. Ingin tahu semuanya.
            “Aku tak mengarutlah Cik Kaisara. Aku memang tak berniat nak tinggalkan kau pun.” Bersahaja Ashraf berbicara. Kaisara tergamam seketika mendengar perkataan aku yang berada di permulaan ayat itu.
            “Can you repeat it again?” Kaisara mencari kepastian. Manalah tau dia silap dengar. Kot-kot ada perkataan kawan ke, abang ke, adik ke.
            “Sure. Aku Ashraf Darwisy Hakim memang langsung tak berniat nak tinggalkan Nur Kaisara Aisya. Clear now?”
            Sekali lagi Kaisara terpaku. Ya. Memang tadi dia tidak silap mendengarnya. Sekarang pun, dia tidak silap juga. Memang itulah yang keluar dari mulut Ashraf itu.
            Farisya yang berada diluar juga tergamam. Walaupun tidak tahu drama apa yang sedang dimainkan oleh dua orang temannya itu, namun dia yakin bahawa lelaki inilah yang telah lama mencuri hati Kaisara. Oh, patutlah Kaisara kata sebab dia ada perasaan kat lelaki, dia tolak semua yang lain. Rupa-rupanya ada Hakim dalam hati Kaisara. Dan Hakim tu Ash. Sekarang ni, Kiera dah sukakan Ash. Getus hati Farisya.
            “Ash, U’r lying kan?” tanya Kaisara. Masih tidak percaya.
            “Sara, listen to me. Aku memang tak berniat nak pindah. Kau sendiri pun tau kan tiket tu dah dibatalkan. Tapi, malam tu mama aku dapat call dari nenek cakap papa accident. Lepas tu, nenek suruh kitorang stay kat UK sebab ada something happen kat family kitorang.” Ashraf menjelaskan satu persatu. Biar  jelas semuanya.
            “Habis tu, kenapa tak cakap mama yang awak pergi sebab Uncle Joe accident? Awak kan, semua benda cakap kat mama saya. Takkan benda besar camtu tak boleh cakap kat mama saya.” Kaisara masih tidak berpuas hati.           
            “Sorry Sara. Tapi tak sempat. Auntie Ina balik lewat lepas hantar awak hari tu. Nak tunggu tak sempat sebab kena pergi ambik Nisya kat rumah Auntie Su.”
            Kaisara baru teringat yang Danisya, adik Ashraf tinggal dengan ibu saudaranya pada minggu itu. Semua yang diceritakan Ashraf memang benar. Namun, hati kecil Kaisara masih tidak dapat menerima perkara itu. Dia masih terkejut mungkin. Otaknya pula menyuruh dia beredar dari situ. Biar jauh dari Ashraf. Sebaik sahaja kakinya melangkah setapak dihadapan Ashraf, tangan Ashraf memegang lengannya.
            “Sara, please.” Rayu Ashraf.
            “Entahlah Ash. I just cant believe it. And I don’t want to believe it.” Balas Kaisara. Entahlah dia sendiri sebenarnya tidak tahu mengapa susah benar dia nak percaya. Nak kata Ashraf tipu tak jugak. Tapi, dia memang tak percaya. Mungkin dia perlukan masa.
            “Sara, please. Aku sukakan kau.” Lambat-lambat Ash berbicara. Kaisara sekali lagi kaget.
            “Please, lepaskan tangan saya.” Rayu Kaisara pula.
            “No. aku tau kau pun sukakan aku kan? Kalau tak macam mana kau boleh buat lirik tu?” Ashraf inginkan kepastian.
            “Memang saya sukakan Hakim. Tapi, tu dulu. Awak tak dengar ke kat lirik tu, ada orang lain dah kat dalam hati saya. Hakim tu memori je.” Terang Kaisara. Menyembunyikan gelora dihatinya.
            “Really? Someone tu aku tau siapa. Ash right?”
            “No. I don’t love you. Neither you are Ash nor Hakim!” bicara Kaisara menafikan perasaannya. Bukan apa,dia sendiri keliru dengan perkara ini. Dia memang cintakan Ash. Tapi,  perkara ini membuatkan dia jadi keliru. Serentak itu, tangan Ashraf yang memegang lengan Kaisara, perlahan-lahan terlepas. Dia terkaku disitu. Rasanya Kaisara memang cintakan dia. Semuanya jelas semasa parti hari lahir Kaisara semalam. Memang jelas sangat semalam yang Kaisara cintakan dia.
 Dengan air mata yang masih terjurai, Kaisara melangkah menuju keluar. Farisya terus menerpa kearah Kaisara. Biarlah jika Kaisara memarahinya kerana mencuri dengar perbualan antara Kaisara dengan Ashraf. Apa yang dia tahu, Kaisara perlu ditenangkan. Kaisara pula hanya membiarkan sahaja Farisya. Biarlah Farisya mengetahuinya. Lagipun hanya Farisya sahaja yang mendengarnya.
            “Kiera, kau okay kan?” tanya Farisya. Kaisara hanya mengangguk. Farisya terus-terusan memujuk Kaisara.
            “Riesy, aku okaylah. Kau janganlah risau.” Bicara Kaisara. Dia perlukan ketenangan. Kaisara melangkah menuju ketempat latihan itu bersama Farisya.

       
        Farisya melangkah laju cuba mengejar langkah Kaisara. Sebaik sahaja latihan tamat, Kaisara terus keluar. Kaisara masih diam. Sejak dari perbualannya dengan Ashraf sampailah sekarang ni. Bercakap hanya apabila Farisya bertanya. Sekarang ni pun, Kaisara masih mengunci mulutnya. Tidak berbicara. Semasa latihan tadi, dia hanya melihat tanpa perasaan. Otaknya seolah-seolah berada di tempat lain. Parah dah perempuan ni. Getus  hati kecil Farisya.
            Mereka beriringan menuju ke tempat parkir. Farisya meminta untuk memandu. Bimbang pula jika Kaisara yang memandu. Jazz pink itu meluncur laju keluar dari perkarangan kolej itu. Masing-masing diam seribu bahasa. Kaisara memikirkan semua yang berlaku tadi. Semuanya bagaikan mimpi. Otaknya seolah-olah memainkan semula apa yang berlaku sebentar tadi. Dia sebenarnya menyesal mengatakan begitu kepada Ashraf. Bukan dia tidak sukakan Ashraf. Tapi, dia sedang keliru dengan perasaannya. Ashraf datang dalam keadaan mengejut dan sememangnya itu mengejutkannya. Dia jadi sukar untuk menerima apa yang dikatakan Ashraf. Ashraf datang pada masa yang tidak tepat.
            Sebenarnya, dalam hati Kaisara masih berharap agar ada kesempatan buatnya untuk bersama Ashraf. Tetapi, kika jodohnya dengan Ashraf hanya setakat ini, dia berharap agar dia dapat melupakan Ashraf dengan cepat kerana bimbang hatinya akan terluka dan terus terluka.


PAST
FUTURE