Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS Puppy Love [10]
Thursday 19 July 2012 • 21:56 • 0 comments




Setahun enam bulan
Bunyi jam loceng ditepil Kaisara cukup untuk membangunkannya. Dia bergegas menuju kekamar Farisya.mengejutkan Farisya. Setelah itu, dia menuju kekamar mandinya. Usai mandi, dia solat subuh dua rakaat didirikan. Dia menuju kedapur, menyediakan sarapan. Tapi, apa sangat yang minah ni boleh buat. Setakat goring telur dan bakar roti tu taulah. Dia kembali kekamar beradunya. Menukar persalinannya. Sehelai baju kurung dicapainya. Rambutnya yang lurus dibiarkan begitu sahaja. Hanya ada scarf sahaja yang menghiasi kepalanya.
            Hari ini, genaplah sebulan tamatnya ‘campus life’ Kaisara dan Farisya. Hari ini jugalah Kaisara akan menghadiri sebuah temuduga di sebuah syarikat di ibu kota. Farisya pula telah berjanji untuk menemaninya. Temuduga akan diadakan pada jam Sembilan pagi. Kaisara tau dia harus sampai lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Jika dia lewat, dia tau, pasti tanggapan pertama mereka kepada dia akan mengelaskan sebagai seorang yang tidak menepati masa. Itulah yang dipesan oleh salah seorang penyarahnya.
            Kereta Jazz yang dipandu oleh Kaisara membelok kearah tempat parkir Ixana Holding. Setelah itu, mereka berdua beriringan memasuki bangunan yang berdiri megah itu. Seorang wanita yang pada nametag tertera nama Amanda  menyapa mereka berdua.
            “Cik Kaisara?” Amanda membuka bicara apabila Kaisara dan Farisya melintasi mejanya.
            Kaisara dan Farisya menoleh kearah itu. Mereka berhenti disitu.
            “Cik Kaisara kan?” Amanda inginkan kepastian. Rasanya, memang inilah orangnya. Memang dia mengingati muka gadis ini.
            “Ya. Saya.” Kaisara mengiyakan.
            “Saya Amanda.Panggil Manda saja. Cik sila duduk dulu ya. Saya ingin memaklumkan kepada Datuk dulu.” Bicara gadis yang berkulit kuning langsat itu.
            Kaisara hanya mengangguk tanda mengerti. Dia dan Farisya menuju kea rah sofa yang tersedia disitu. Sekejap kemudian, Amanda keluar. Dia memanggil Kaisara. Kini, Kaisara pula memasuki bilik yang dimasuki Amanda tadi.
            Hampir setengah jam juga Kaisara berada dalam bilik itu. Kaisara keluar dengan wajah setenang air dikolam. Farisya terus mendapatkannya.
            “How?” Tanya Farisya pendek.
            “Entah. Tapi, Datuk tu cakap akan call akulah kalau aku dapat.” Kaisara menjawab soalan Farisya.
            “Cik Kaisara jangan risau. Kebiasaannya sesiapa yang datang temuduga ini, pasti akan diterima bekerja. Sebab sebelum dipanggil interview, pihak atasan akan mengadakan senarai pendek calon. Selepas itu, mereka memilih yang paling layak sekali. Kiranya interview ni bukan sebab Cik Kaisara diterima bekerja. Kalau tak ada interview ni, Cik Kaisara akan diterima juga. Interview hanya ingin menilai komitmen yang akan diberikan oleh seseorang itu untuk pekerjaannya.” Panjang lebar penerangan Amanda. Kaisara dan Farisya hanya mengangguk sahaja.
            Kaisara tiba-tiba teringat sesuatu. “Erm, Datuk kata, Interior Design ni, baru je ada perkhidmatannya dalam syarikat ini. Betul ke?” Tanya Kaisara. Kata Datuk, dialah orang pertama yang akan memegang tittle Miss Interior Designer di syarikat ini.
            “Ya. By the way, Datuk ada cakap tak yang awak ni, kena ikut jer arkitek syarikat ni, bila ada meeting or what?” Tanya Amanda pula. Farisya hanya jadi pemerhati yang setia.
            Kaisara mengangguk. “Ada. Kenapa?” Tanya Kaisara. Pelik.
            “Awak jangan menganggap benda ini akan membebankan awak. Ini sebenarnya untuk memperkenalkan perkhidmatan ini kepada semua client tanpa mengadakan publisiti. Datuk tak suka publisiti ni.” Amanda menerangkan segalanya. Kaisara dan Farisya hanya mengangguk. “Sebenarnya sekarang ni, syarikat ni, tak ada arkitek rasmi lagi setelah arkitek yang lama tu telah berhenti. Dia ingin buka syarikat sendiri pula. Tempat arkitek ni, akan diganti oleh anak Datuk sendiri. Tapi, anak dia tak ada lagi. Kat oversea. And akan balik Malaysia nanti lima belas hari bulan julai.” Sambung Amanda lagi.
Kaisara dan Farisya mempamitkan diri setelah hamper sepuluh minit mereka berbual. Mereka menuju pula ke syarikat yang dimiliki oleh ayah Farisya. Sebenarnya, Farisya ingin menghadiri temuduga disyarikat ayahnya. Dia sebenarnya tidak ingin dirinya diserap masuk ke syarikat itu hanya kerana ayahnya merupakan lembaga pengarah disyarikat itu. Dia tidak mahu mengambil tempat orang yang lebih layak daripadanya. Dia juga tidak mahu ada yang mengata dibelakangnya jika kerja yang dibuatnya tidak betul dan mempersoalkan temuduga yang tidak dihadirinya. Jika ada rezekinya disitu, pasti dia kan diterima bekerja disitu. Namun, jika rezeki nya bukan disitu, pasti akanada sesuatu yang menyebabkan dia tidak berada disitu. Jadi, menghadiri temuduga di syarikat milik ayahnya itu lebih kepada mencuba nasib sahaja. Jika memang rezekinya disitu, disitulah tempat yang selayaknya untuk dia.
            “Riesy, aku rasa macam kenal je Datuk Johari tu. Rasa macam familiar sangat.” Suara Kaisara mematikan lamunan Kaisara.
            “Really? Entah-entah pelanduk dua serupa tak.”
            “Betul kut. By the way, boleh tak kalau aku tak temankan kau? Sakit kepala lah. Dari tadi lagi dok fikir pasal Datuk Johari tadi. Rasa macam nak fikir jugak pasal dia.” Kaisara sememangnya sedang sakit kepala.
            “Siapa suruh kau fikir. Aku tak suruh pun. Its okaylah kalau nak balik. Sebab yang aku nak pergi tu, company ayah aku jugak.”
            Kereta yang dipandu  Kaisara membelok kearah kondo yang diduduki mereka. Jalan yang menuju ke syarikat ayah Farisya, sama je dengan jalan nak pergi kondo mereka. Kaisara keluar dari kereta. Begitu juga Farisya. Tapi, Farisya menuju ketempat duduk pemandu. Kereta itu meluncur laju kearah Petaling Jaya.
            Kaisara menuju ke lif. Butang lif ditekannya. Tidak sampai seminit, pintu lif terbuka luas. Dia terus masuk lalu menekan butang yang tertera nombor tujuh. Tidak sampai tiga minit, pintu itu sekali terbuka. Kali ini Kaisara melangkah keluar dari kotak empat segi yang sempit itu. Anak kunci yang berada dalam tas tangan dicapainya lalu dimasukkan ke tombol pimtu rumahnya.
            “Huh.” Kaisara merebahkan dirinya diatas sofa diruang tamu. Akhirnya dia terlelap disitu.

Kaisara tersedar apabila terdengar bunyi bising didapur. Dia melangkah ke ruang dapur itu. Farisya yang mendengar derapan tapak kaki itu terus menoleh.
            “Hah kau Kaisara, yang kau tak kunci pintu tadi kenapa? Nasib baik aku yang masuk, bukan orang lain. Kalau orang lain, habislah kau.” Kata Farisya sambil jari telunjuknya digoyangkan.
            “Tak adanya orang lain nak masuk. Dah kau yang masuk, kau je lah. Bukan orang lain.” Balas Kaisara sengal.
            “Hisy, kau ni kan, ada je ayat sengal kau.” Farisya mengalah. Kaisara sudah tersenyum.
            “Bye. Nak pergi mandi.” Kata Kaisra sambil menuju ke kamar mandinya..
            Usai mandi, dia menuju kekatil. Entah mengapa tangannya mengambil purse dalam tas tangannya. “What? Just tinggal RM 150 je? Aku beli apa bulan ni?”dia terjerit kecil pabila melihat hanya ada tiga keping not 50 ringgit dalam pursenya.
            Kaisara  mencongak wangnya. Patutlah. Sebenarnya banyak duitnya dihabiskan untuk perhiasan dirinya dan barang dapur di kondo ini. Dia telah berpakat dengan Farisya, Farisya yang akan memasak dan dia membeli barang dapur. Untuk perhiasaannya, segala alat mekap dibeli sendiri. Tapi, apa sangatlah alat mekap yang dia ada. Dia bukan jenis yang suka bermekap. Rasanya duitnya banyak dihabiskan dengan membeli minyak wangi. Kalau diselongkar biliknya, segala jenis minyak wangi dari jenama terkemuka dunia ada dalam biliknya. Escada, Gucci, Burberry, Boss, The Body Shop dan macam-macam lagi lah. Tapi, kalau masa sengkek, dia beli jer One Drop Perfume tu. “Ah. Kena balik rumah mama lah ni weekend ni. Jimat sikit duit. Si Riesy mesti kena ikut jugak aku kali ni.” Fikir hatinya. Kaisara akhirnya turun kebawah ingin membantu Farisya.


PAST
FUTURE