Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS puppy love[7]
Thursday, 7 June 2012 • 20:28 • 0 comments



Pagi-pagi lagi Kaisara dan Farisya sudah ke kolej mereka. Maklumlah kelas mereka bermula jam 8.30 pagi hari ni. Hari ni mereka bersarapan dirumah sahaja. Kalau nak sarapan di kafe, alamatnya, lewatlah mereka masuk kelas. Kalau dah kat kafe tu, masa macam cepat je berlalu. Sebab tu mereka tak lepak kat kafe kalau kelas bermula 8.30pagi. Meaning, hari isnin je lah yang pagi-pagi takkan nampak muka Kaisara dan Farisya kat kafe.
            Kaisara dan Farisya melangkah menuju kekelas mereka. Kaisara mengambil tempat di tepi Farisya. Tidak sampai lima minit, pensyarah muda kegilaan ramai masuk kekelas. Siapa lagi kalau bukan En. Airyll. Wow! Handsomenya dia. Eh, baju dia dengan tie, matchinglah. Baju dia, Top Man tu. Suara-suara gedik mula kedengaran.
            “See. Aku paling tak suka time lecturer ni. Tak boleh nak fokus. Ada aja suara-suara sumbang puji dia. Serabut aku.” Farisya berkata perlahan. Dengar kat minah kat belakang tu, terlancarlah perang dunia ketiga.
            “Memang pun. Tapi, stoplah bercakap. Nanti makin tak faham adalah.” Kaisara pula bermonolog. Mereka berdua terus menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar En. Airyll pada hari tu. Di akhir kelas pada hari tu, En. Airyll menyuruh mereka membuat persembahan drama untuk minggu kebudayaan di kolej mereka.
            “Our college akan mengadakan minggu kebudayaan. So, sekarang ni korang tau tak kelas korang kena buat apa?” tanya En. Airyll.
            “Buat apa? Kitorang langsung tak tahu apa-apa pasal minggu kebudayaan tu.” Kata selah seorang daripada mereka.
            “Okay. For your information, kelas korang kena buat drama. And, korang ada masa seminggu  je untuk berlatih semua tu.” Terang En. Airyll.
            “What? Seminggu? Mana boleh. Siapa in-charge?” tanya salah seorang lagi.
            “Saya. Dah tak ada bantahan lagi. Kelas korang ni kelas yang terakhir tau pasal ni. Dasyat betullah.” Bebel En. Airyll.
            “Okaylah. Drama pun dramalah. Kiera boleh buat skrip tu. Tu memang kepakaran dia.”
            “Wei! Apasal aku pulak? Aku tak nak lah.” Bantah Kaisara.
            “Okay. Stop. Kaisara, cuba awak fikir betul-betul. Ni untuk kelas awak jugak. Awak tak perlu berlakon pun. Awak boleh pilih sesiapa je. Awak boleh arah sesiapa je.” En. Airyll memujuk Kaisara. Pujuk ke macam tu? Aku boleh pilih sesiapa je? Ahaha! Inilah masanya. Fikir Kaisara.
            “Okaylah En. Airyll. Saya buatlah skrip tu. Tapi, saya perlukan dua orang pelakon cilik En. Airyll.”
            “Cepatnya awak fikir jalan cerita dia. Its okay. Saya cari pelakon tu. Berapa orang awak nak?” tanya En. Airyll.
            “Saya fikir masa En. Airyll sedang membebel tadi. Saya malas nak dengar. Sorrylah ya En. Airyll. By the way, sepasang.” Jawab Kaisara selamba. En. Airyll hanya tersenyum mendengar jawapan Kaisara.
            “Okay. Awak nak berlatih bila?” tanya En. Airyll lagi.
            “Esoklah En. Airyll. Dah tak ada masa lagi lah En. Airyll.”
            “ Saya pinjam anak kakak sayalah. So, korang boleh keluar sekarang.”

            Kaisara terus keluar dari dewan kuliah itu. Uisy, boleh aku buat cerita tu. Cerita tu, cerita aku, cerita aku hidup aku dan hidup aku private. Kawan-kawan aku pun tak tau cerita tu. Arghh, tak apalah. Macamlah mereka tau tu cerita aku. Tapi, aku tak sanggup lah nak tulis skrip macam tu. Nak buat skrip lain manalah sempat. Minggu depan dah start benda tu. Dah tak ada masa fikir benda tu. Macam mana ni.
            “Wei Kiera, kau fikir apa ni? Dari keluar dari dewan kuliah sampai lah dah sampai sini, empat langkah lagi nak sampai kafe, kau asyik mengelamun aja. Kalau kau tak nak, kenapa kau terima jugak?” pertanyaan Farisya mematikan lamunan Kaisara.
            “Aku memang tak nak pun. Tapi, kau sendiri dengarkan, En. Airyll kata aku boleh arah sesiapa aja. Aku ada idea nak kenakan minah gedik kelas kita tu. Syasya yang suggest aku tadi, aku bagi dia watak utama. Sebagai tanda terima kasih aku.”
            “Aku? Aku nak watak utama. Minah-minah gedik tu kau nak bagi watak apa?” tanya Farisya. Penasaran.
            “Kau? Kau tolong aku je lah. That’s much better. Minah-minah tu bagi jadi PA sudahlah. Eh,eh, tak boleh. Bagi yang make-up tu je.” Kaisara menyatakan ideanya.
            “No,no,no. Itukan kepakaran dorang. Mestilah dorang nak.” Bantah Farisya.
            “A’a kan. Bijak kepala otak kau. Kalau macam tu, bagi escot je. Tolong bagi air.”
            “ Jahat siot kau. Tapi, aku setuju. Itulah yang paling sesuai dengan dorang.” Idea Kaisara kali ini turut dipersetujui oleh Farisya.
            “Tak pelah. Sekali sekala aku jahat. Bukan selalu pun. Eh, kau nak makan apa ni? Aku nak belanja.” Wah! Baik benar Kaisara hari ni sampai nak belanja bagai lagi.
            “Ha! Really? Tapi, terima kasih sajalah. Aku tak nak makan. Kau nak makan apa? Aku tunggu.”
            “Wei, kalau nak balik, kenapa datang sini?” Kaisara sudah geram.
            “ Cik Kaisara sayang, saya hanya ikut langkah awak yang sedang mengelamun tu. Saya tunggu lah awak sampai dah kat reality. Tup-tup, sampai sini.” Jelas Farisya.
            “Betul eark? Aku tak tau pun aku jalan kat mana. Aku ikut langkah kaki aje. Kepala aku kat tempat lain.”
            “Tu lah kau. Kaki kau dah biasa dengan kafe ni. Habis kelas je terus datang kafe. Tiap-tiap masa, sampai kaki pun dah terbiasa.” Bebel Farisya.
            Wah! Dasyat jugak rupanya minah dua orang ni. Mesti kuatlepak kat kafe ni. Mana tak kuatnya, kan dah dapat tittle minah kafe. Diorang kalau habis kelas, kafe jelah tempatnya. Tak ada tempat nak dituju. Library yang ada hanya untuk minggu peperiksaan sahaja.
            “So nak balik lah ni? Jomlah.” Ajak Kaisara. Mereka bergerak menuju ketempat parkir. Dipertengahan jalan, seseorang memanggil Kaisara. Kaisara menoleh
            “Busy tak hari ni?” tanya suara itu.
            “Sorry lah Ash. Minggu ne saya busy sangat.” Kaisara memohon maaf.
            “LOL. Its okaylah. Next weeklah kalau macam tu.” Suara Ashraf kedengaran perlahan. Kuciwalah tu. Sudahlah semalam Kaisara busy jugak. Hari pun busy jugak. Kesian si Ashraf ni. Sabarlah. Seminggu je si Kaisara ni sibuk. 


PAST
FUTURE