Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS puppy love[5]
Sunday 3 June 2012 • 19:03 • 0 comments



          Pagi-pagi lagi Kaisara telah bangun. Bukan apa dah berjanji dengan mamat library tu. Datang awal-awal. Menyusahkan aku je lah. Kenapalah mesti dia yang tolong aku semalam? Rungut hati Kaisara. Benar-benar tak puas hati dengan apa yang telah ditentukan Ashraf. Dia terus turun lalu kedapur cuba mencari makanan. Tudung saji dibuka. Namun apa yang ada dibawah tudung saji yang cantik itu hanyalah kosong. Tiada apa-apa. Nak masak macam tak sempat jer. Nak bakar roti pun tak sempat. Ada hati kau nak masak Kaisara erh? Sudahlah banyak kali Ashraf menelefonnya agar cepat sikit.
            Dia terus menuju kekereta Ashraf. Dilihatnya Ashraf sedang menyandar di Lancer kesayangannya itu. Handsome jugak mamat ni. Detik hati kecil Kaisara. Ashraf memang tampak kacak hari ni. Sehelai jean yang tersarung dibadannya dipadankan dengan tshirt putih itu menyerlahkan lagi keputihan wajahnya. Memang putihlah Ashraf ni. Yerlah, dah lama tinggal kat UK nuh, mana tak putihnya. Kaisara menuju kearah Ashraf yang setia menunggunya. Dia berpeluk tubuh sambil menyandar di kereta. Ashraf, Ashraf, kenapalah kau handsome sangat hari ni.
            “Awalnya kau turun. Aku tak puas lagi tunggu kau.” Perli Ashraf.
            “Sorry lah Ash. Saya dah kata ambik saya 9 pagi. Tak nak dengar. Kan dah kena menunggu. Best tak menunggu?” tanya Kaisara sambil tersenyum. Padan muka kau. Siapa suruh kau tak dengar apa yang aku kata.
            “Memang best. Best sangat-sangat. Nanti aku bagi kau try pulak best ke tak menunggu tu.”
            “Nak bagi saya try? Boleh jer. Tapi, konfius lah, bila lagi kita nak keluar hah? Rasanya ini last dah. Sebab lepas ni, saya pun akan kenal workshop tu, so saya boleh lah pergi dengan Riesya.” Ucap Kaisara penuh yakin.
            “Really? Kau yakin yang kita takkan keluar lagi lepas ni?” tanya Ashraf. Apesal pulak mamat ni. Macam yakin je dia akan keluar pulak dengan aku lepas ni.
            “Ash, awak ada plan something ke? Atau awak dah suka kat saya sampai nak keluar pulak dengan saya.” Gurau Kaisara.
            “Suka kat kau? Haha! Lawak lah kau ni Kiera. Aku rasa Farhan sorang jer yang syok kat kau. Sebab Farhan tu buta sikit.” Tawa Ashraf bergema dalam kereta itu.
            Haisy. Ni dah kes kutuk ni. Nak kata aku tak cantik lah ni. Tak pe kau Ash. Aku ajar sikit kau. Kau memang patut diajar selalu. Kalau tak, selagi tu kau akan kenakan aku. “Ash, aku taulah aku ni buruk. Tapi, kau tak payahlah nak kutuk bagai. Mesti Farhan pelikkan,macam mana lah kau boleh couple ngan budak buruk macam aku kan? Kesian kat kau. Mesti kau kena paksa dengan Adam sampai kau boleh terima jer cadangan kitorang kan. Pity U lah Ashraf.” Suaranya sengaja dikendurkan. Dia sengaja berkau aku. Biar Ashraf terasa sikit.
            Ashraf terkejut mendengar apa yang terkeluar dari mulut Kaisara. Dah lah berkau aku. Baru sekali dia mendengar Kaisara berkau aku. Masa tu Kaisara dah marah sangat dengan dia. Jadi, sekarang ni mesti Kaisara dah terasa giler dengan dia. Minah ni. Janganlah merajuk macam ni. Sungguh,dia tidak senang melihat Kaisara merajuk. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Yang pasti kali ini dia memang tidak senang melihat muka Kaisara yang mencuka itu. Sudahlah kata-kata Kaisara tidak enak didengar baginya. Dia hanya bergurau. Tetapi, tak tahu pulak Kaisara akan berkecil hati.
            “Sara. Opss, sorry. Terlupa kau tak suka aku panggil kau dengan nama tu. Tapi, aku suka lah Sara. Baru aku tahu nama tu suit sangat dengan kau. Sara, sorrylah. Aku gurau jer tadi. Tak sangka pulak kau terasa. Sara, sorry lah.aku janji tak buat lagi.” Pujuk Ashraf. Kaisara hanya diam. Hah,Ashraf, baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Tapi, kenapa aku macam suka je dia panggil aku Sara. Rasa macam nak marah pun tak boleh. Monolog hati kecil Kaisara. Ashraf menuju ke arah workshop yang membaiki kereta Kaisara. Sekejap dia berpaling kearah Kaisara yang masih membisu.terasa benar ke minah ni? Alah aku mana pandai pujuk orang. Hati Ashraf merungut lagi.
            Akhirnya mereka sampai di workshop itu. Kaisara malas hendak turun. “Nah,ambik kunci ni. Saya malas nak turun.” Bersuara jugak minah ni eark. Hati Ashraf sedikit lega. Bertambah lega apabila Kaisara sudah bersaya awak kembali. Tidak sampai lima minit, Ashraf kembali kedalam kereta. Ashraf tersenyum ke Kaisara. Kaisara memandang keluar. Saja dia mahu merajuk panjang-panjang. Biar Ashraf sedar sikit.
            Kaisara mengerutkan sedikitmukanya. Perutnya tiba-tiba rasa pedih. Baru dia teringat yang dia tidak bersarapan pagi tadi. Macam mana ni. Aku nak merajuk panjang lagi. Tapi, aku lapar sangat sekarang ni. Terpaksalah aku matikan dulu hasrat murni nak suruh dia sedar ni.
            “Ash, saya boleh maafkan awak. Tapi, kita berhenti makan dululah. Saya lapar ni.” Bicara Kaisara. Ashraf tersenyum. Dia hanya mengangguk tanpa menoleh kearah Kaisara. Dia terus meneruskan pemanduannya.
            Kaisara menekan-nekan perutnya yang terasa sakit. Mukanya sudah pucat. Sudah terasa peluh menitik di dahi. Aduh, tekaknya terasa loya. Nak cakap tak Ashraf. Tak yahlah. Sikit aja ni. Nanti nak berhenti makan jugak. Ashraf menoleh sekejap kearah Kaisara. Terkejut sebentar dia melihat muka Kaisara yang pucat itu.
            “Sara? Kau okay ke ni?” Tanya Ashraf kerisauan.
            “A’a. Okaylah ni. Tak Nampak ke saya sakit ni? Cepat lah drive tu.” Marah Kaisara. Ashraf sudah geli hati. Budak ni, sakit-sakit pun marah orang lagi. Ashraf meneruskan pemanduannya. Masih risau sebenarnya. Sesekali ditoleh Kaisara yang berada di tepi. Lancer itu berhenti disebuah stesen minyak. Ashraf keluar. Tidak sampai lima minit Ashraf kembali kedalam kereta dengan membawa roti dan sekotak air susu. Roti dibuka dan disuakan ke mulut Kaisara. Kaisara tanpa banyak soal terus membuka mulutnya. Selepas itu, Ashraf menyuakan pulak susu. Kaisara mengeluh panjang.
            “Tak suka susu.” Terpacul ayat itu dari mulut Kaisara. Baru Ashraf tahu Kaisara tak suka susu.
            “Sara, kau kena minum gak susu ni. Kaukan sakit ni. Please Sara. Minum sikit je.” Pujuk Ashraf. Mukanya sudah menunjukkan yang dia risau teramat sangat. Risau jugak mamat ni kat aku eark.
            “Ash, saya tak sukalah. Janganlah paksa. Alah, saya dah biasa gastrik. Tak minum susu pun.” Bentak  Kaisara.
            “Sara. Please. Kau sakit tau tak. Kalau kau tak sakit, suka hatilah nak minum ke tak. Susahlah minah ni.” Suara Ashraf sudah ditinggikan sedikit. Suka jiwa dia je marah aku. Tapi, Kaisara akur jugak. Susu itu diminum jugak. Berkerut dahinya menelan susu itu. Nasib baik tak terkeluar balik apa yang diminumnya. Kereta itu terus memecut laju menuju ke arah Ampang. Mamat nak pergi mana lak. Ampang. Jauh gila. Nak pergi mana. Getus hati kecil Kaisara. Kereta yang dipandu Ashraf berhenti di tempat parking Ampang Medical Centre.  Kaisara blur. Nak buat apa kat sini.
            “Jom masuk.” Arah Ashraf.
            “Siapa sakit?” Tanya Kaisara. Blur. Tangannya masih lagu menekan-nekan perutnya.
            “Eh minah, kau lah sakit. Boleh tanya lagi siapa sakit.” Tangan Ashraf ditunjukkan kemuka Kaisara.
            “Alah. Tak naklah.”
            “Masuk je lah. Macam budak kecik, nak masuk hospital pun takut.” Rungut Ashraf
            “Ash, masuk je lah. Dah sakit sangat ni.” Kaisara terus masuk kedalam AMC itu. Ashraf mengikuti langkah Kaisara. Tidak sampai sejam mereka keluar semula. Kaisara masih lagi menekan-nekan perutnya. Haisy, kenapa lah hari ni lama sangat kau sakit hah. Mereka terus masuk ke dalam kereta.
            “Kau nak pergi kelas ke?” tanya Ashraf lembut. Jam sudah menunjukkan 10 pagi. Kelas mereka pun dah start.
            “Entah. Tak kot.”
            “Okay. Kau pun dah dapat MC kan.” Ashraf terus memandu keretanya menuju kemana entah. Haha. Tiba-tiba Kaisara merasakan perutnya terlampaulah sakit. Tangan Ashraf yang terletak digear kereta itu, dicapainya. Terkejut kejap Ashraf. Ah, dia sudah tak kisah apa yang nak dikatakan Ashraf. Dia dah sakit sangat ni.
            “Hey, kenapa ni? Kau sakit lagi ke?” Ashraf bertanya lembut
            “Ash, sakit sangat.” Lemah suara Kaisara. Sememangnya dia memang sakit sangat.
            “Kau sabar jap. Aku bawak kau pergi rumah mak sedara aku. Dah nak sampai pun.”  Bicara Ashraf. Memang dia nak bawak Kaisara pergi rumah ibu saudaranya pun. Ibu saudaranya tinggal di Ampang. Dia sebenarnya kesian melihat Kaisara yang sedang sakit. Ashraf membelok kearah sebuah rumah yang tersergam indah. Hon dibunyikan. Lantas pagar itu terbuka dengan sendirinya. Ibu saudaranya sudah tegak berdiri di pintu rumah. Ashraf memapah Kaisara. Ibu saudaranya hanya tersenyumlalu menuju kepada Ashraf. Menolong Ashraf memapah temannya itu.
            “Siapa ni? Kenapa dengan dia?” tanya ibu saudara Ashraf.
            “Kawan Ash auntie. Dia gastrik.”
            “Owh. Meh auntie bawak masuk bilik.” Ibu saudara memapah Kaisara. Membawa Kaisara kedalam satu bilik yang terletak ditingkat bawah. Takkanlah nak bawak pergi bilik atas. Kaisara ni sakit. Nak kena panjat tangga pulak. Memang tak betullah siapa buat macam tu kat orang sakit ni.
            “Kaisara, my auntie, Auntie Su. Auntie, tu Sara.” Ashraf memperkenalkan kedua-duanya.
            “Sorrylah auntie. Terpaksa menyusahkan auntie pulak.” Lemah sahaja suara Kaisara.
            “Tak menyusahkan pun.”
            “Auntie, Ash keluar kejap. Nak call member.” Permisi Ashraf. Auntie Su hanya mengangguk.
            “Sara rehatlah. Auntie nak pergi ambik susu jap.”
            Kaisara hanya mengangguk. Susu lagi. Memang orang gastrik kena minum susu ke? Aku tak nak minum susu. Susahlah macam ni. Monolog hati kecil Kaisara.
            Ashraf diruang tamu cuba menelefon Adam. Janganlah dia ada kelas time ni. Setelah hampir tiga kali dia menelefon Adam, akhirnya panggilan keempat itu dijawab jugak.
            “Hello Dam.” Dia memulakan bicara.
            “Erm. Apahal kau call aku ni?” tanya Adam pelik. Ashraf jarang menelefonnya. Kalau ada hal yang penting pun, Ashraf tidak suka menelefon. Dia lebih suka berjumpa.
            “Aku tak pergi kelas hari ni. And, cakap kat Riesya, Sara pun tak pergi kelas jugak. Dia gastrik.”
            “Hah! Kau duk kat mana tu?” sebenarnya Adam terkejut. Macam mana mereka berdua boleh ada bersama. Oh, baru dia teringat, cerita Farisya tadi. Pergi workshop.               
            “Aku kat rumah Auntie Su.”
            “Mak oiih, jauhnya kau pergi. Tak pe lah. Nanti aku cakap kat Riesya. Tadi dia dah membebel sebab dia dah janji dengan Kiera yang 9pagi tu dah kat kafe. Tapi, muka Kiera tak muncul-muncul. Nanti aku terangkan kat dia.” Panjang bicara Adam
            “Ok. Thanks. Okay lah. Aku nak pergi tengok Sara jap.”
            “Okay.” Talian dimatikan.
            Ashraf terus menuju ke bilik yang didiami Kaisara. Dia terlihat Auntie Su sedang mendulang segelas susu. Tersenyum sebentar Ashraf. Dia terus mendekati Auntie Su kesayangannya itu. “Auntie, Sara tak minum susu lah.” Bisiknya kepada Auntie Su.
            “Tak apa,pandailah Auntie buat.” Kata Auntie Su seraya masuk kebilik. Ashraf sudah tersenyum. Dia mahu melihat apa yang Auntie Su akan buat. Tapi rasanya, dia dah tahu. Apa lagi yang auntie kesayangannya tu boleh buat selain membebel. Tak sabar rasanya nak tengok muka Kaisara. Haha. Sudahlah dengan Ashraf tadi sudah dipaksa minum susu. Sekarang ni, dengan Auntie Su pulak. Nasib kau lah Kaisara.
            “Sara, sorrylah Sara. Auntie bawak susu ni untuk Sara. Auntie tak tahu pulak Sara tak suka susu.” Mukadimah Auntie Su.
            “Tak apa. tapi, macam mana auntie tau yang Sara tak suka susu?” tanya Sara pelik. Rasanya dia tak ada cakap yang dia tak suka susu.
            “Ash bagitau auntie tadi. Masa auntie nak masuk bilik tadi. Tapi Sara, Sara kena minum susu ni. Sara sakit sekarang ni. Kalau Sara tak sakit tak apalah kalau tak nak minum. Gastrik ni memang kena minum susu. Sara minum lah sikit ya. Eh, auntie nak keluar dulu ni. Ada kerja sikit kat dapur.” Pamit Auntie Su. Ashraf sudah tersenyum mendengar bebelan Auntie Su. Tapi, tu baru sedikit baru. Kaisara pulak sudah tunjuk muka tak puas hatinya kepada Ashraf. Sama jer nasihat dia dengan auntie dia. Species. Bentak hati Kaisara.
            “Senyumlah. Best lah tu dengar orang kena bebel dengan auntie awak tu.”
            “Lain kali, kalau sakit minum susu eark? Barulah tak ada orang nak bebel kat kau.” Ashraf masih tersenyum.
            “Ash, ni tak menyusahkan auntie awak ke? Rasa macam menyusahkan jer.” Tanya Kaisara. Bimbang jika ini akan menyusahkan Auntie Su.
            “Tak pun. Lagi dia suka adalah. Dia suka kalau aku bawak kengkawaan datang sini. Dia tak ada anak. By the way, Adam tak pernah bawak korang datang sini ke?” tanya Ashraf. Takkan lah Adam tak pernah bawak kawan-kawan dia datang sini.
            “Tak. Tapi tak taulah kot-kot dia pernah bawak Lya.”
            “Owh. Okaylah. Kau rehatlah dulu. Aku keluar dulu ni.” Ucap Ashraf sambil keluar. Kaisara cuba melelapkan matanya. Tetapi, tak boleh. Wajah Ashraf bermain-main dimatanya. Kenapa dengan aku ni? Kenapa wajah mamat ni. Serabut jer. Akhirnya Kaisara terlelap juga.


PAST
FUTURE