Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS puppy love[4]
Saturday 2 June 2012 • 18:37 • 0 comments



Seminggu sudah berlalu semenjak daripada peristiwa Kaisara, Ashraf dan Farhan itu.Semenjak dari peristiwa itu jugalah, Farhan sudah tidak mengganggunya lagi.Sudah tidak menemuinya lagi.Dan sehingga hari ini dia masih tidak bercakap dengan Ashraf.Bukan dia tidak mahu bertegur sapa, tetapi sikap Ashraf yang dingin membuatkan dia cuak untuk menegur Ashraf.Kalau boleh, ingin sekali lagi dia berterima kasih pada insan yang telah menyelamatkan dia daripada makan malam bersama keluarga Farhan itu, tapi sikap insan itu yang membataskan segalanya. Ashraf memang tidak suka melepak seperti dia dan teman-temannya yang lain. Kata Adam, Ashraf berubah menjadi pendiam semenjak berpindah ke UK. Sesudah habis kelas, Ashraf pasti akan ke perpustakaan. Kalau tidak kesitu, dia pasti balik.
            Langkah kaki Kaisara menuju ke perpustakaan. Dia cuba memberanikan dirinya untuk bersemuka dengan Ashraf. Setapak sebelum kakinya melangkah masuk ke perpustakaan, dia mengeluh.Maaf.Kaisara tiada keberanian.Dia kembali menuju ke tempat parkir.Dia hanya membiarkan masa dan waktu saja yang menentukan segalanya.Kaisara menuju kekeretanya.Saat dia membuka pintu kereta, ada tangan yang menyentuhnya.
            “Hai. Where’s your boy?”  ahh. Manusia ini lagi.Bisik hati kecil Kaisara.
            “U buat apa kat sini Farhan?” Tanya Kaisara sekadar berbasa-basi.
            “Patut ke pertanyaan dibalas dengan pertanyaan?”
            “U nak apa lagi Farhan?”Tanya Kaisara tidak senang.
            “Asking U, mana boy tersayang awak tu? Dah seminggu nampak korang dingin.”
            “None of your business.”Kaisara menjerit kecil.
            “Dear, like what I said before, I tunggu U break up dengan dia.”
            “Suka hatilah Farhan.”Biacara Kaisara lalu menutup kuat pintu keretanya. Ah, dasar lelaki tak faham bahasa.
            Kaisara memecut laju keretanya.Aduh, biasalah pandu kereta dalam keadaan marah. Tapi, beware sikit Cik Kaisara. Buatnya awak tu kemalangan. Siapa yang susah? Siapa erk?Takkan lah Ashraf pulak. Dah tentulah orang tua budak ni. Dia menuju ke kondominium yang didiami Farisya.Hari ini, Farisya tidak datang ke kelas. Itu perkara biasalah bagi si pemals, Farisya tu. Itulah sebabnya dia minta untuk tinggal di kondominium.Bukan dirumahnya.
            Sedang asyik Kaisara melayani lagu yang berkumandang dicorong radio dalam keretanya, tiba-tiba keretanya meragam.Dia terus membelok kearah kiri jalan.Keretanya diberhentikan di situ.Dia terus keluar lalu memeriksa keretanya.
            “Shit.” Marah Kaisara. Kaisara mengambil nokia N8. Dia cuba menelefon Farisya. Belum sempat panggilannya berjawab, telefonnya kehabisan bateri.
            “Damn it.” Marahnya sambil membaling handphone nya ketempat duduk pemandu.Dia mencari pula LG Cookie nya.Sekejap kemudian, sebuah Mitsubishi Lancer berhenti dihadapan keretanya. ‘Thanks God.’ Ucap hati kecilnya.Namun, melihatkan kelibat pemandunya, hatinya menjadi gusar.‘Ohh my, Ashraf’ Rungut hati kecilnya.
            “Kenapa dengan kereta kau ni?” Tanya Ashraf sebaik sahaja keluar dari keretanya.
            “Tak tahulah.Tetiba saja rosak.” Jujur Kaisara.
            “Dah call mechanic?”
            “ Belum. Baru jer nak call ni. Tapi, call Riesya lah.Sebab tak ada nombor mechanic.”
            “Kau ni memanglah.” Bicara Ashraf sambil mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan.Entah siapa yang ditelefonnya.Kaisara malas nak ambil tahu siapa yang ditelefon Ashraf.
            “Aku dah call mechanic. Nanti kereta kau siap, kita pergi ambik. By the way, kau nak pergi mana ni?” sambung Ashraf setelah selesai menelefon mechanic.
            “Actually, nak pergi rumah Riesya.Tapi…” belum sempat ayatnya dihabiskan, Ashraf sudah memotong.
            “Owh.Biar aku hantar kau. Kat mana rumah dia?” Tanya Ashraf  lembut.
            “Subang.”
            “Okayh. Jom lah.” Ajak Ashraf. Dia sudah ingin masuk kedalam keretanya.
            “Tapi awak, mechanic tu tak sampai lagi.”
            “Owh, aku dah cakap kat dia. Jazz pink yang tersadar kat tepi jalan. Pandai-pandai dioranglah nak ambik guna apa pon. Sebab aku dah cakap yang tuan punya kereta tu dah blah.”
            “Pastu, dia nak baiki macam mana kunci tak ada.?”
            “Esok pergilah balik workshop dia. Sebab kalau kau nak tunggu lambat lagi.Diorang ada benda nak diselesaikan.Aku pun tak faham sebenarnya. Tapi, workshop tu best lah.” Terang Ashraf.
            “Okay.” Pendek saja kata Kaisara.Dia juga masuk kedalam kereta itu.Kereta itu meluncur laju meninggalkan tempat itu.Didalam kereta, masing-masing hanya diam. Hanya kedengaran lagu Move Along dari All American Reject yang berkumandang diradio.Masing-masing melayan perasaan sendiri.‘Mungkin aku patut cakap sekarang.’Hati kecil Kaisara berbicara.
            “Ash, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia memulakan bicaranya.
            “ Dah janji kan dengan kau, jadi boyfriend dua minggu kau.”
            “Erm. And, sebab tu jugak, Farhan dah tak kacau saya.” Bicara Kaisara lembut.
            “Tapi, tadi dia kacau kau kat parking kan?” Tanya Ashraf. Kaisara menoleh kearah Ashraf yang sedang memandu. Riak mukanya penuh tanda tanya. Ashraf yang terasa dirinya diperhatikan menoleh kearah Kaisara.Ashraf faham benar mimik muka Kaisara itu. Penuh dengan tanda tanya. Ashraf bersuara bagi melenyapkan semua tanda tanya yang bermain dikepala Kaisara itu.
            “Kenapa tengok aku macam tu? Nak tanya macam mana aku tahu ke? Okay. Tempat parking tu public dan bukan kau sorang je yang parking kereta kat situ.Aku pun parking kereta kat situ jugak.”
            “Owh.” Balas Kaisara pendek.
            “Dia cakap apa kat kau tadi?”Ashraf bertanya. Eh,eh, caring pulak lelaki ni.
            “Dia tanya mana awak. And dah seminggu dia tak nampak awak dan saya. Satu lagi, like what he said before.” Mintak-mintaklah dia faham maksud tak nampak awak dan saya tu. Janganlah kau jadi lembab Ash.
            “Tunggu kau break up dengan aku. Hurm.By the way, aku saja je melarikan diri dari kau.Kalau dia tak perasan, kita just buat macam biasa je lah.Macam sekarang.Nothing between us. But, since dia perasaan benda tu, kita kena still berlakon lagi.”
            “Tapi Ash, sampai bila dia nak ganggu saya? Letih lah dok fikir pasal jantan tu.”
            “Aku tak tahu sampai bila. By the way, aku baru dapat satu idea, since dia dah perasaan yang aku dan kau renggang ni,better gunakan peluang yang ada ni. Sabtu minggu depan, hari last aku jadi bf kau kan, so kalau dia tanya mana aku, kau cakap dah clash. And, semua tu sebab dia. Haha.Dead serious, jahat gila.”
            “Jahat pun, idea awak. Tapikan, rasa macam nak guna je idea awk tu. Nanti adalah alasan saya nak cakap serabut tengok muka dia.”
            “Okay. Kau lagi jahat sebenarnya.”
            “Tapi, asal usul idea yang jahat ni, dari awak. So, awaklah bapak segala kejahatan.” Bicara Kaisara sambil tersenyum
            “Woi, bapak segala kejahatan kau bagi kat aku? Jahat sangat ke aku ni? Eh, belok mana ni rumah Farisya?” tanya Ashraf apabila kereta yang di pandunya sampai disatu persimpangan.
            “Belok kiri.” Kereta yang dipandu Ashraf membelok kiri mengikut apa yang dikatakan Kaisara. Akhirnya mereka sampai dikawasan kondominium Farisya.Kaisara mengucapkan terima kasih seraya keluar dari perut kereta itu.
            “Wait, your number please? Senang sikit nak contact.Nak pergi ambik kereta kau.”Kaisara memberikan nombor telefonnya kepada Ashraf.Setelah itu, Kaisara terus menghilangkan diri disebalik tembok yang keras.Ashraf hanya menghantar Kaisara dengan ekor matanya sahaja.
            Kaisara terus menuju ke kondo Farisya.Dia menuju ke lif.Tidak sampai dua minit pintu lif terbuka.Butang yang tertera nombor tujuh ditekannya.Sekali lagi pintu lif terbuka.Tetapi kali ini dia melangkah keluar.Loceng dirumah Farisya ditekannya.Sekejap kemudian pintu itu dibuka.
            “Weyy Riesy, kenapa tak datang kelas hari ni?” ayat pertama yang keluar dari mulut Kaisara setelah muka Farisya terpacul disitu.
            “Aku malaslah Kiera. Jomlah masuk.” Ajak Farisya setelah menjawab pertanyaan Kaisara.Kaisara melangkah terus masuk kedalam rumah itu.Fariesya terus menuju kedapur.
            “Weih, kereta aku buat hal lah tadi.” Jerit Kaisara. Biar Farisya yang berada di dapur mendengarnya.
            “Buat hal? Hal apa?” tanya Farisya sambil membawa dua gelas air kearah Kaisara.
            “Rosak.Masa on the way nak datang sini lah. Geram betul aku.” Rungut Kaisara
            “Habis kau datang sini naik apa? Cab?? Ridiculous! Sebab kau bukan macam tu.”
            “Erm.Tak ada maknanya nak naik teksi.Aku terjumpa Ash tadi.Dia tolong aku.”
            “Jumpa?” Farisya mengulangi perkataan tu.  Seakan tidak percaya apa yang dikatan Kaisara
            “Woi minah, seious aku jumpa dia. Aku baru jer nak call kau, tup-tup, dia dah sampai. Pandai betul dia timing masa.”
            “Good. Satu permulaan yang baik buat korang. Aku suka.” Ucap Farisya dalam nada yang penuh bermakna. Sebenarnya Farisya berharap sangat agar dua orang rakannya itu benar-benar jatuh hati. Benar-benar bercinta. Dia Nampak keserasian mereka biarpun selalu bertikam lidah. Alah orang kata apa, gaduh-gaduh manja? Haha.
            “Permulaan apa hah? Aku tak rasa yang aku boleh nak couple betul-betul dengan dia macam yang kau nak. Sebab aku tak ada langsung feeling kat dia.” Haisy minah. Dia tau pulak apa yang ada dalam fikiran aku ni. Kau boleh baca fikiran aku ke Kaisara?
            “Kau ada sixth sense eah? Bijak kau boleh baca fikiran aku. Tapi ada satu perkara yang kau tak bijak. Kau ingat sesape yang couple tu, dulu masa diorang belum couple diorang dah ada feeling ke kat balak or awek diorang tu? Okay lah. Ada yang ada. Ada yang tak ada. Tapi, cuba kau tengok si Yana dan Adam tu. Dulu bukan sebulu. Sekarang tak boleh berenggang langsung. Aku rasa baik kau jatuh cinta cepat-cepat dekat Ash. Takut terjatuh cinta kat Farhan pulak nanti. Malu kau!” panjang lebar penerangan Farisya. Ada contoh siap pulak tu. Terus bantal yang ada ditangan Kaisara dibaling kearah Farisya. Betul-betul kena tepat di muka Farisya.
            “Farhan? Eii, tak nak lah aku.”
            “Kiera, aku nak Tanya benda ni, tapi, kau jawab dengan sejujurnya tau.” Haii, serious pulak minah ni.
            “Yupt. Apa?”
            “Kau nak yang mana sebenarnya? Farhan yang tak sudah-sudah mengejar cinta kau atau Ashraf yang masih single?” terbatuk sekejap Kaisara mendengar perkataan single tu.
            “Kau tau dekat mana yang si Ash tu masih single? Aku rasa dia dah ada awek arh.”
            “Memang Adam ada cakap kat aku yang Ash tu mybe dah ada awek. Tapi, mybe je lah. And instinct aku kata dia tak ada awek lagi. Instinct aku selalu betul jerr. Better U believe my instinct lah. Cepat kau pilih siapa antara dua manusia tu?” Farisya terus mendesak.
            “Aku pilih ban...” belum sempat Kaisara menghabiskan ayatnya, Farisya lekas-lekas memotong.
            “Nope. Bangla, datuk kau, datuk aku, pak sedara kau, pak sedara aku tak termasuk eark.” Sudah faham apa yang nakdikatakan oleh Kaisara itu. Sebab itulah cepat-cepat dia  memotong. “ Antara Farhan dan Ash sahaja” sambung Farisya lagi. Perkataan sahaja sengaja ditekannya. Biar Kaisara faham sikit apa yang dikatakannya.
            “ I prefer. . . Hati aku tak nak bagitau.” Kata Kaisara sambil menuju kebilik yang memang sudah disediakan untuknya.
            “Aku tahu kau pilih Ash.” Tempik Farisya. Dia terus ke dapur,memasak untuk makan tengah hari. Tidak sampai setengah jam Farisya didapur, Kaisara dating menolongnya.
            “Wei Riesy, malam ni aku tidur rumah kau eark?”
            “Aku okay jer. Ada sikit orang nak temankan aku. Nah,ambik ni. Tolong goreng sayur tu.” Farisya menghulurkan Kaisara sudip. Belum sempat dia mengambil sudip itu ditangan Farisya. Telefonnya bernyanyi-nyanyi. Alah siapa pulak call ni. Rungut hati Kaisara. Dia bergegas menuju kearah telefonnya. Nombor yang tertera itu ditelitinya. Ah, siapa pulak ni. Sebentar kemudian deringan itu berhenti dan diganti dengan suara orang di talian.
            “Sara, a..”
            “Sorry. Saya tak suka awak panggil saya Sara.” Cepat-cepat dia memotong ayat Ashraf
            “Okay, fine Cik Kaisara. Ni, aku nak bagitau esok aku pergi ambik kau.”
            “Hah, ambik saya? Ash, saya taulah kereta saya rosak. Tapi tak payahlah datang ambik saya. Farisya ada. Saya boleh pergi dengan dia.”
            “Hello! Kau punya ingatan memang short term punya eark! Nak pergi workshoplah esok.” Kedengaran tawa Ashraf dalam talian. Senget ke jantan ni? Tu pun nak ketawa.
            “Eh yang awak ketawa ni kenapa? Lucu ke kalau tak ingat benda ni? People make mistakes la Ash.” Suara Kaisara sudah dikendurkan sedikit. Bukan terasa. Tapi, saja nak ajar Ashraf. Suka sangat kenakan Kaisara.
            “People make mistakes. So do I. Kiranya yang aku ketawa tadi satu kesilapan lah. Haha.” Ucap Ashraf dalam tawanya yang masih bersisa.
            “Ash. Stop laughing! Can you?” marah Kaisara.
            “Okay. Aku stop. By the way, esok kelas kau start bila?” Ashraf mengubah topik.
            “Esok? Tak silap 10 pagi.” Jawab Kaisara. Seingat dia masa tu lah dia start kelas esok. Kalau tak pun, lebih lewat lagi. Itulah kelas yang paling awal. Sebenarnya kelas yang paling awal start jam 8.30 pagi. Itupun hari Isnin sahaja. Itulah dengan confidentnya dia jawab jam 10 pagi start kelas esok.
            “ Perfect. Kelas aku start 10 pagi jugak. Aku ambik kau 8.30 esok.” Kata Ashraf. Lebih kepada arahan.
            “hah? Awal siot! Lepas tu saya nak pergi mana? Kan nak pergi hantar kunci kereta jer. Bukan nak pergi mana pun. 9 pagi lah.” Rayu Kaisara. Masa yang ditetapkan Ashraf itu terlalu awal baginya. Padahal, bezanya hanya setengah jam saja antara 9pagi dan 8.30 pagi tu.
            “Aku ambik kau kat mana ni? Rumah kau kat mana?” tidak menghiraukan Kaisara.      
            “Rumah Farisya. Saya tidur rumah dia. Ash,, 9 pagi eark? Saya tak tahu nak lepak kat mana kalau pergi awal.”
“Aku nak pergi library jap. Aku tak kira. 8.30 kau mesti siap.” Talian dimatikan. What the hell lah kau ni Ash. Aku mintak lewat setengah jam pun tak boleh. Kau bolehlah pergi lepak library. Kau memang mamat library. Aku ni minah kafe. Minah kafe ni tak masuk library kalau tak exam. Aku nak lepak mana. Duk kafe sensorang? Ah, ridiculous! Hati kaisara merungut. Dia terus kedapur. Menceritakan segalanya kepada Farisya. Tergelak Farisya mendengarnya. Farisya juga sudah berjanji jam 9 pagi esok dia dah terpacak kat kafe kolej tu. Lepak bersama.


PAST
FUTURE