Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS puppy love [8]
Friday 8 June 2012 • 22:17 • 0 comments



Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Kaisara
Happy birthday to you
            Nyanyian beramai-ramai dengan petikan gitar itu menyebabkan Kaisara rasa seperti mahu menangis. Melihat apa yang terhidang di atas tikar itu menyebabkan dia rasa terharu. Dengan hanya ditemani cahaya lilin, pinggir pantai itu nampak cantik sekali. Sebiji kek dan bermacam-macam jenis makanan lain lagi terhidang diatas tikar itu.
            Sekarang baru Kaisara tau kenapa Farisya beria-ria mengajaknya untuk kepantai walaupun petang telah menjelma. Kata Farisya, supaya Kaisara boleh selepaskan stress. Dah nampak stress sangat dengan aktiviti minggu kebudayaan.
            Tanpa banyak soal, Kaisara terus bersetuju. Biarlah pada masa itu dia masih keletihan. Baru siap latihan untuk drama sempena minggu kebudayaan tu lah. Tapi, sebenarnya dia pelik jugak, kenapa Farisya pakai cantik-cantik. Memanglah simple pemakaiannya. Tapi masih lagi cantik.
            Lepas tu, tak pasal-pasal Farisya meminta untuk mengikat matanya. Sejak masuk kereta hinggalah ke pantai. Tidak pula dia ingat hari ni hari kelahirannya. Rupa-rupanya mereka sudak berpakat mengadakan majlis sempena hari kelahirannya. Ternyata mereka ingin memberikan kejutan kepada dia.
            Senyuman bercampur tangisan diberikan kepada semua yang ada disitu. Farisya, Adam, Lya, Ashraf. Ahh, mama dan papanya juga ada. Malah, sikecil anak sepupunya juga ada. Mesti dua orang budak kecik tu tinggal dengan mama. Busy betullah sepupunya yang itu. Memang begitulah setiap kali sepupunya sibuk, mama dan papa mesti rela hati menjaga dua orang budak kecik itu, Faris dan Ariana. Ahh, malam itu Ashraf datang bersama gitar.
            “Apa semua ni? Kenapa tak cakap awal-awal lagi?” Tanya Kaisara. Masih dalam sendunya. Terharulah tu.
            “Kau ni Kiera, kalau cakap awal-awal, tak jadilah apa yang kitorang plan. Baik buat kat rumah jer.” Jawab Farisya.
            “Mana boleh. Korang pakai lawa-lawa. Aku simple jer.” Dia melihat penampilannya. Dia hanya mengenakan jean paras lutut dipadankan dengan sehelai tshirt putih berlengan pendek. Selipar pulak? Nasib baik tak pakai selipar jepun. Dia pakai selipar yang dah dinaik taraf sikit. Selipar Korea. Alah, spesies selipar jepun lah tu. Tapi, cantik sikit.
            Yang diorang pulak, bukan main lawa dengan pakaian masing. Walaupun simple tapi, masih lawa. Farisya mengenakan skirt pink labuh dipadankan dengan baju yang warnanya senada dengan skirt tadi. Lya pulak, tak payah cakaplah. Perempuan ni memang terkenal dengan gayanya yang simple. Tapi, dimata Kaisara nampak lagi cantik dia sebenarnya walaupun Lya hanya mengenakan sehelai jean bewarna hitam dan dipadankan dengan tshirt putih. Rambutnya pula diikat satu. Mamanya, ahh, mamanya mengenakan baju kurung bewarna pink. Dipadankan pula dengan tudung warna putih. Lawa habislah mamanya petang ini. Sama juga Mak Nah, tapi, baju Mak Nah tak adalah mengikut potongan badan macam mamanya. Nasib baik si budak kecik dua orang tu, biasa-biasa saja. Kalau tak, kalahlah Kaisara nanti. Papanya dan Adam, simple saja. Apa sangat pakaian lelaki. Jean dan tshirt.
            Ashraf! Ternyata jejaka itu berjaya membuat Kaisara terpukau  hari ni. Simple but nice. Jeans paras lutut dipadankan dengan tshirt putih. Eh,eh, samalah macam Kaisara. Dah berjanji ke? Dikakinya tersaut sepasang sneaker nike. Cukup untuk memukau Kaisara.
            “Aku dah cakap, pakai lawa-lawa. Kau cakap apa? Alah, nak ke pantai jer.” Farisya ketawa terkekeh-kekeh.
            Sebenarnya taklah berapa susah nak melibatkan semua orang sebab mereka bukannya tinggal serumah. Apa yang mereka bimbangkan, kalau Kaisara yang tidak mahu kepantai. Itu sajalah. Tapi, ternyata Kaisara senang saja diajak. Tanpa perlu memujuk. Terus dia setuju.
            “Cepatlah Auntie Sara tiup lilin.” Anak sepupunya itu, Ariana jadi tidak sabar pula. Kalau asyik bersembang, bila pulak nak tiup lilin, nak makan kek?
            Dengan sekali tiup sahaja, api yang menyala diatas empat batang lilin itu terpadam. Dua lilin besar dan dua lilin kecil. Menunjukkan Kaisara sudah berumur dua puluh dua tahun. Ya. Lagi setahun dia akan menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah.
            “Cepatlah potong kek.” Faris pula yang tidak sabar sekarang ini.
            Lebar sengihnya apabila Kaisara memotong kek dan potongan pertama diberikan kepadanya.
            “Terima kasih auntie. Faris sayang auntie.” Kata budak lelaki yang baru berumur lima tahun itu. Lantas pipi Kaisara diciumnya. Kemudian beralih menuju ke arah mama dan papa Kaisara.
            Sebentar kemudian, Ashraf datang. “Auntie. Nak kek jugak.”
            Kaisara ketawa dengan panggilan itu. Rasa lucu sangat. Terasa macam tua sangat pun ada. Kaisara tanpa membuang masa terus meletakkan sepotong kek diatas piring Ashraf,
            “Auntie, suapkan Ash.” Gurau Ashraf.  
            “Hisy, ngada-ngadalah awak ni.” Balas Kaisara sambil meletakkan sepotong kek diatas piringnya.
            “Suaplah.” Ash berkata lagi.
            “Malaslah.” Kaisara terus meninggalkan Ashraf disitu. Entah kenapa dia rasa bahagia sangat berbual dengan Ashraf tadi.
            “Okay. Malam ni, kitorang ada buat something special untuk kau. Hehe. Kan kau minat lagu Its U dari FT.Island tu kan? So, malam ni, Ash.” Ayat Farisya terhenti setakat itu. Selepas itu, Ashraf mengambil tempat di atas tunggul kayu yang berdekatan mereka.semua mata memandangnya. Macam nak menyaksikan persembahan artis terkenal pulak lagaknya.
            Denyutan jantung Kaisara bagai berhenti sebentar tatkala Ashraf mula mengalunkan suaranya. Tidak pernah terlintas di benaknya Ashraf akan menyanyikan lagu itu. Kaisara sebenarnya tidak tahu bahwa Ashraf juga meminati kpop. Sebab itulah senang untuk dia membawa lagu itu dengan berkesan.
            Terbuai seketika perasaan Kaisara. Suara Ashraf. Petikan gitar Ashraf. Ahh. Itu mengingatkan dia kepada Hakim. Hakim pernah melakukan sebegini semasa hari lahirnya. Menyanyi dengan petikan gitar. Memang Hakim pandai bermain gitar. Dia ni spesies Sungha Jung lah. Tapi, dia tak ada lah sepandai Sungha Jung tu. Sungha Jung punya lagi baik. Kenapa nama Hakim terkeluar dari benaknya pada hari ni. Tapi, dia tidak berasa apa-apa lagi. Yang pasti, dia akan gembira setiap kali ada Ashraf disisinya.

            Best suara awak tadi.” Puji Kaisara ikhlas semasa tinggal berduaan dengan Ashraf. Dibawah pokok. Yang lain sedang mengemaskan tempat mereka tadi.
            “Lagu tu, kira hadiah aku untuk kau lah ya. Sebenarnya lagu ni, tak adalah susah sangat.”          
            “Saya suka.” Ucap Kaisara perlahan.
            “Okaylah kalau kau suka. Aku bimbang kau tak suka aja. Suara aku ni manalah nak sama dengan suara vokalis FT. Island tu.”
            “Memang tak sama. Dan awak tak boleh nak lawan suara dia tu.” Ucap Kaisara dalam ketawa.
            “Aku taulah suara aku tak bagus macam dia. Tapi, antara ramai-ramai kawan kau tu, suara aku paling best.” Poyo semacam je Ashraf ni.
            “Poyo! Tapi, boleh nyanyi lagi tak?” pinta Kaisara. Matanya tidak berkelip memandang Ashraf.
            “Alah kau ni. Cakap aku poyo. Last-last, yang poyo ni jugaklah yang kau mintak nyanyi lagu kan. Lagu apa kau nak?” Tanya Ashraf.
            “Ikutlah. Tapi, tak nak dah lagu its U tu. Lagu apa-apalah. Tapi, bukan kpop oke.”       
            Ashraf terus memetik gitarnya. Dia nyanyi lagu Perfect Two dendangan Auburn tu. Nyanyiannya perlahan saja. Cukup untuk didengari oleh mereka berdua saja. Sekali lagi perasaan Kaisara terbuai.
            Kaisara mendongak dagu. Memandang Ashraf. Tanpa disedari olehnya, dia sendiri turut sama nyanyi lagu itu bersama Ashraf.
            “Thanks Ash. Malam ni bolehlah saya tidur dengan puas.” Ucap Kaisara sambil tersenyum.
            “No biggie lah. Mesti kau mimpikan aku kan malam ni?”
            “Tengoklah. Tapi, awak kena mimpikan saya malam ni!” Opss. Kaisara terlepas bicara. Tangannya lantas menutup mulutnya. Dia malu sendiri
            “Ah, tak naklah aku mimpikan kau malam ni. Kau tak cantik sangatlah.” Gurau Ashraf.
            “Eii, jahatnya dia ni.” Kaisara sudah memuncungkan mulutnya.
            “Tu lah kau, Riesya dah cakap pakai baju cantik-cantik. Kau tak nak. Kan dah kempunan nak aku mimpikan kau. Malam ni ada orang tu nak mimpikan aku. Tapi, aku tak nak pun mimpikan dia malam ni. Sebab dia kata dia tak lawa malam ni.” Ashraf berkata perlahan. Tapi, cukup untuk didengar oleh Kaisara.
            “Hurh. Dah cantiklah ni. Sama je macam awak. Jeans dan tshirt. Kalau saya tak cantik, mean awak tak handsome lah kan.”
            “Orang lelaki memang gini je pakai dia. Takkan lah nak suruh aku pakai skirt macam Riesya tu.”
            Kaisara ketawa mendengar apa yang diucapkan Ashraf. Dia membayangkan lelaki setampan Ashraf itu memakai skirt. Oh my~ lucu gila!
            “Kau bayangkan eah? Weh, janganlah.” Marah Ashraf apabila melihat Kaisara ketawa terkekeh-kekeh.
            “Tak apa Ash. Awak lawa sangat kalau pakai skirt.” Kata Kaisara dalam tawanya yang masih bersisa.
            “Wei. Stoplah. Jomlah. Diorang semua dah nak balik tu.” Ajak Ashraf apabila semua sudah menuju kearah kereta.

“Apa sebenarnya yang tak kena dengan aku ni?” rungut Kaisara perlahan. Sejak balik dari birthday partinya tadi,  dia asyik teringatkan Ashraf saja. Nak mandi nampak muka Ashraf. Nak makan nampak muka Ashraf. Semuanya Ashraf.
            “Ash. Saya rasa saya dah sukakan awaklah. Ash. Saya sukakan awak! Tapi, Hakim? Aku sukakan Ash. Aku sukakan Hakim. Ahh, sebut nama Ashraf lebih membuatkan aku rasa gembira. Hakim. Ashraf. Ya! Ashraf. Sorry Hakim. Sara dah sukakan Ash.” Akhirnya Kaisara terlelap dengan senyuman terukur dibibir.


PAST
FUTURE