Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks Bf VS puppy love [6]
Wednesday 6 June 2012 • 21:33 • 0 comments






Seminggu telah berlalu sejak Kaisara diserang gastrik. Gara-gara perkara itu jugalah mereka menjadi rapat. Ashraf tidak lagi jadi mamat library. Dah jadi mamat kafe pulak. Sekarang mak cik kat kafe tu pun dah kenal Ashraf. Kalau Kaisara dan yang lain tu, memang dah lama mak cik kafe tu kenal. Kiranya Ashraf ni dah jadi geng Kaisara lah sekarang ni. Dah masuk geng minah plus mamat kafe. Haha.
            Kaisara pula sudah berpindah. Eh,eh, bukan berpindah. Tapi, sudah tinggal sebumbung dengan Farisya. Sejak papanya, Datuk Kamal mendapat projek di luar negara, mama dan papanya sering keluar negara. Jika dia tinggal dirumah, keseoranganlah. Mak Nah tu adalah. Kaisara ni sebenarnya malas nak tinggal sekali dengan Mak Nah. Bukan apa, Mak Nah tu spy mamanya. Setiap pergerakannya ada sahaja yang dilarang. Tapi, bukan Mak Nah pun nak buat benda tu, disuruh oleh mamanya lah. Sebab itu Mak Nah buat tu. Mak Nah tu amanah orangnya. Tak boleh nak dirasuah langsung. Haha. Sebab tu dia ambik keputusan tinggal sebumbung dengan Farisya.
            Hari ni hari jumaat. Eh,eh, bukan itu yang penting. Hari ni merupakan hari terakhir Kaisara dan Ashraf ber’couple’. Tapi Kaisara tak kisah pun sebab dia dah rapat dengan Ashraf. Jadi macam dah tak ada beza. Dia terus berjalan. Farhan tiba-tiba datang dan menyekatnya. Apa pulak mamat ni nak. Hati kecil Kaisara berbicara.

            Kaisara meninggalkan Farhan dengan perasaan yang amat sebal. Siapalah cakap benda tu kat Farhan? Geramnya aku. Bebel Kaisara. Telefon bimbit yang terletak didalam tas tangannya berderingan. Lantas diambil. Sekejap kemudian terdengar suara lelaki dalam talian.
            “Ash, dia dah tahu tentang kita.” Kaisara memulakan bicara.
            “Dia? Siapa?” tanya Ashraf. Dia? Siapa? Tentang apa? Blur.
            “Ash. We need to talk. Ada kelas tak?” Kaisara tidak menjawab pertanyaan Ashraf sebalik dia mengajukan pertanyaan yang lain.
            “Sekarang ni, tak ada. Mid jom. Jumpa kat sana.” Arah Ashraf.
            “Ash, saya datang dengan Riesya lah.” Marah Kaisara. Senang je dia cakap nak jumpa kat mana. Tak tahu ke yang Kaisara ni ber’car-pooling’ dengan teman serumahnya itu.
            “Oh, forgot. Kau kat mana sekarang ni?” tanya Ashraf.
            “Cik abang, kita jumpa kat kafe sudahlah yer. Saya dah kat kafe ni.” Balas Kaisara malas. Ashraf sudah tergelak mendengar Kaisara memanggilnya cik abang. Bahagia mula menyelinap kedalam hatinya.
            “Wei Ash, kenapa awak gelak sakan tu?” marah Kaisara apabila Ashraf hanya gelak.
            “Tak ada apa-apa lah. Aku suka lah kau panggil aku cik abang. Ok lah. Aku pergi kafe. Kau tunggu situ.” Arah Ashraf. Memanglah lelaki ni suka mengarah. Dari mula sampai sekarang, memang mengarahlah kerja si Ashraf ni. Haduii~ boleh jadi pengarah filem kalau lagaknya macam ini. Ashraf,Ashraf.
            Lima minit telah berlalu. Batang hidung Ashraf baru kelihatan. Langkah kaki Ashraf diatur menuju kearah Kaisara. Bunyi kerusi ditarik. Kaisara mengangkat mukanya. Dia tersenyum tapi senyuman tidak ada gula. Hanya ada kopi. Maksudnya senyuman yang kelat lah tu.
            “Ash, dia dah tau pasal kita.” Kaisara berbicara.          
            “Kau ni Sara, dari tadi lagi dia dah tau pasal kita. Aku tanya kau siapa kau tak jawab.”
            “Farhan. Dia dah tau yang kita ni tak couple pun. And saya tak tau macam mana dia boleh tau.”
            “Problem datang lagi. Ni kau punya pasal lah. Tak pandai simpan rahsia.”
            “Ash, awak ni kan, memang nak salahkan saya je kan. Saya sendiri pun tak tau macam mana dia boleh tau. Sebab benda ni, just saya awak dan diorang je yang tau. Tapi tak tau lah kot-kot ada orang yang dengar time kitorang dok cakap sal benda ni.”
            “Okay. Sorry. Tapi, aku memang nak salahkan kau pun. Haha. Eh, macam mana kau boleh tau yang dia tau benda ni?” terbelit je ayat si Ashraf ni.
            “Dia datang jumpa saya tadi.” Balas Kaisara pendek. Kaisara menceritakan segalanya.

            So, esok dah cukup dua minggu U all couple kan? So, start hari isnin depan, korang dah kira clash kan? Dan that’s mean, I dah boleh ngorat U.” Farhan memulakan bicaranya setelah menyekat Kaisara.
            “Apa yang U cakap ni Farhan? I tak faham lah?” tanya Kaisara. Berpura-pura tidak tahu apa-apa.
            “U tak yah berpura-pura macam tulah Kaisara. I tau everything pasal u dan Ashraf. Ashraf tu cousin Adam. U dengan dia menyamar jadi couple. Am I right?” Semua yang dicakapkan Farhan tu memang benar. Tapi, Kaisara pelik macam mana farhan boleh tau.
            “No. U are wrong.” Jawab Kaisara malas. Masih menafikan yang betul
            “So correct me. Kan salah semua yang saya cakap tu.” Farhan masih tidak berpuas hati.
            “Kitorang memang couple. Ada nampak macam kitorang tipu ke? Tak taulah siapa yang buat cerita tu. Kalau yang buat cerita tu perempuan, mesti dia tu peminat Ash. Dan kalau yang pergi canang cerita ni lelaki, mesti dia tu peminat I. And that’s mean, U punya saingan dah bertambah.” Balas Kaisara poyo.
            Memang Kaisara dan Ashraf nampak macam pasangan yang betul-betul ssedang berkasih. Pada mulanya dia sendiri tidak percaya sebab Kaisara dan Ashraf lagaknya seperti pasangan yang benar-benar bercinta. Tapi, bila teringatkan yang Ashraf tu baru je masuk, macam tak masuk akal pulak diorang tu benar-benar couple. Sebab itulah dia percaya. Tapi, kata Kaisara tadi membuatkan dia berfikir semula.
            “Tak pelah Farhan. I balik dulu ye.” Pamit Kaisara. Belum sempat Farhan berkata apa-apa, Kaisara sudah hilang dari pandangannya.
           
Ashraf ketawa mendengar cerita Kaisara. Dia tidak menyangka pandai jugak Kaisara berlakon. Poyo pulak tu. Perasan ada orang suka dia pulak. Macam-macamlah Kaisara ni. Kaisara sudah memandang dengan geram muka Ashraf. Dia geram. Macamlah cerita dia tu lucu sangat sampai Ashraf perlu ketawa sampai tak ingat dunia.
            “Ash, lucu sangat ke cerita tu?” tanya Kaisara. Namun Ashraf  masih ketawa.
            “Ash, perlu ke awak ketawa sampai macam tu sekali? Saya rasa tak ada lucu pun.” Marah Kaisara. Ashraf berhenti ketawa.
            “Bukan apa Sara. Aku ketawa sebab kau kata ada orang minat kat kau tu.” Terang Ashraf. Berubah wajah Kaisara.
            “Suka hati awaklah Ash. Lepas tu nak buat macam mana ni?” Kaisara masih bertanya. Masih tidak mempunyai penyelesaian.
            “Kau ne memanglah Sara. Kita pun dah tak macam dulu kan. Kita kan dah selalu lepak bersama. So, aku rasa dia akan fikir yang kita betul-betul couple lah.” Ashraf mengeluarkan apa yang dirasakan. Ada betul jugak apa yang si Ashraf fikir ni. Akhirnya Kaisara turut mengiyakannya.Kaisara mempamitkan dirinya apabila Farisya menelefonnya. Yer lah. Diakan berkongsi kereta dengan Farisya. Kalau tak balik dengan dengan Farisya, takkan lah nak si Ashraf pulak pergi hantar dia balik. Dia bukan ada apa-apa pun dengan Ashraf tu.


PAST
FUTURE