2weeks bf VS puppy love[3]
Monday, 28 May 2012 • 20:42 • 0 comments

Kelas
yang boring dan dihandle oleh Prof. Andrew itu akhirnya berakhir jua setelah
hampir satu jam setengah berlangsung di dalam dewan kuliah yang berhawa dingin.
Eh, memanglah berhawa dingin. Ada ke yang tak ada air-cond?Rasanya tak ada.Sara
merasakan ada orang memanggilnya. Siapa lagi
kalau bukan Farhan. Ah, nasib badan kau lah Sara diminati peminat macam
Farhan. Pandai-pandailah kau handle kes ni. Tapi, jangan sampai terjatuh cinta
pulak. Tapi, kalau jatuh cinta pon, apa salahnya. Kau tu bukan ad pakwe lagi.
“Kaisara, malam ni dinner dengan I.”
ajak Farhan setelah Kaisara berhenti dan menoleh kearahnya.
“Dinner?Tak nak lah.Busy sikit.”
Dalih Kaisara.
“Boleh lah.I jemput U kat rumah
okay?” pujuk Farhan lagi.
“U nak datang rumah I? “ Tanya
Kaisara. Terkejut sebenarnya.
“ Yupt. Why?” Pelik.
“ Mama I tak kenal U. Mama I tak
suka orang yang dia tak kenal datang rumah.” Macam pelik je alasan Kaisara ni.
Tapi, ada dia kisah?Dia tak kisah pun.Asal Farhan tu tak kacau dia sudahlah.
“ Tak apalah. I pergi jemput U.
Sambil-sambil itu, boleh I kenal mama U.”Aduh. Si Farhan ni tak faham-faham
lagi ke. Aku nak bagi alasan apa lagi hah. Monolog hati kecil Kaisara.
“ Farhan, I tak nak. I
letih.”Kaisara sudah mati akal.
“Kiera, please!Dinner kat rumah I
eark.”
“Kat rumah U lagi lah I tak
nak.”Jujur jawapan Kaisara.
“I dah cakap kat mama I,
Kiera.”Sekali lagi Kaisara terkejut. Gila apa jantan ni. Sesuka jiwa dia cakap
kat mama dia. Tapi, siapa suruh dia cakap awal-awal lagi kat mama dia.
“What?” saja Kaisara nak tekan
kuat-kuat perkataan tu. Kalau boleh, dia nak bagi satu kolej dengar.Biar Farhan
tahu betapa terkejutnya dia.
“Yupt. Please.” Rayu Farhan.
Kaisara yang baru sahaja mahu
membuka mulut tiba-tiba terkejut apabila terasa pinggangnya telah dirangkul
seseorang. Farhan juga mempamerkan riak muka yang sama. Kaisara menoleh. Ah,
Ashraf rupanya. Bersyukur Ashraf datang tepat masanya. Tapi, kot ya pun nak
berlakon, tak yahlah peluk-peluk macam ni. Getus hati Kaisara.
“Hello brader, dah tak ada perempuan
lain lagi ke nak kacau, sampai ambil girlfriend orang ni?” terkejut juga
Kaisara mendengar kata-kata Ashraf. Hah, lakonan yang baik Ashraf. Tak sia-sia
usaha sepupu kau.
“Kau ni siapa?Aku kenal kau ke?Kau
tak payahlah nak kacau urusan aku.” Bicara Farhan. Lebih kepada amaran
sebenarnya.
“Brader, aku memang tak kenal
kau.Dan aku pun sebenarnya, tak nak kacau pun urusan kau.Tapi, kalau kau kacau
hidup aku, memang aku kena masuk campur.”
Bidas Ashraf. Tangannya masih lagi merangkul pinggangnya Kaisara.
“Eh brader, ada aku kacau hidup kau
ke?Buang karan aja kacau hidup kau.” Ah, bibit pergaduhan dah nak bermula.
Janganlah dia orang bertumbuk sebab aku. Eh, terlebih poyo pulak si Kaisara ni.
Tak ada maknanya diorang nak bertumbuk sebab kau Cik Kaisara.
“Kalau kau kacau Sara, meaning kau
dah kacau hidup aku. U know why? Sebab Sara adalah hidup aku.”Terkedu sebentar
Kaisara.Perasaan terharu menyelinap kedalam sanubari Kaisara.Ahh.Ni lakonan
je.Tak perlulah aku lebih-lebih pulak.Ingatan Kaisara kepada dirinya sendiri.
“Owh.Macam tu? So, aku pun boleh
kata yang Kiera adalah hidup aku sebab aku pun betul-betul cintakan. Lagipun,
tak ada pulak Kiera kata dia dah ada boyfriend.
“Yes! He’s my my boyfriend! Dah Ash,
jom pergi.”Kaisara akhirnya bersuara.Mematikan segala perkataan yang bakal
keluar dari mulut Farhan.Jari jemari Kaisara dan Ashraf saling berpaut. Kaisara
sudah tidak memikirkan apa kata Ashraf. Asalkan lakonan dia dan Ashraf menjadi
sudahlah.Lagipun, tadi Ashraf juga yang peluk dia dulu.Takkan lah dia nak
pegang tangan sikit pun tak boleh.
“Kiera, I tunggu U break up dengan
lelaki tu.” Jerit Farhan. Tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Kaisara
mempercapatkan langkahnya.Tangannya masih lagi menggenggam erat tangan
Ashraf.Di pertengahan jalan, Kaisara melepaskan tangannya dari genggaman
Ashraf.
“Thanks sebab tolong tadi. Tapi,
saya tak suka awak panggil saya Sara. Please respect me.” Bicara Kaisara
lembut.
“Okay. Lain kali aku tak panggil
lagi.”
Usai berbicara, mereka terus berjalan.Masing-masing
membawa haluan sendiri.Seorang ke kanan, seorang ke kiri.Seorang ke kafe,
seorang ke perpustakaan. Tahu-tahu sendirilah siapa yang ke kafe tu.