Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks bf VS puppy love [P]
Saturday 26 May 2012 • 13:31 • 0 comments




    Suasana di taman permainan itu terlalu sepi. Tiada yang berada di situ di malam-malam masih terlalu awal,tapi semua sudah berlalu pergi. Hanya tinggal dua orang kanak – kanak sahaja.Sedang berbual kosong.Kanak – kanak yang masih mentah.Berada di situ. Di taman yang berhadapan dengan rumah mereka.
    “Waa . . Jahatlah Akim ni. Not fair lah macam ni Akim. Kim punya banyak, Sara sikit je. Kita share duit sama banyak.
            “Alahai Sara.. Nah, ambil sikit yang Akim punya! Jangan nangis lagi.Memang budak manja betullah Sara ne.”Kata Hakim sambil memberikan sedikit aiskrimnya kepada Sara.
            “Thanks Akim. Sayang Akim,”
            “ A’a. Time ni baru nak sayang Akim.”
            “ hehehe”
            “Sara, Kim nak pergi tuition ni. Sara pergi lah masuk rumah.”
            “ Arghh. Akim always like that”
            “ Heyy Sara, exam just around the corner.” Terang Hakim.
            “ okay lah. Pergi lah..”
            Hakim terus menuju ke rumahnya.Dengan langkah yang lemah, Sara menuju ke rumahnya yang selang sebuah dari rumah Hakim.Sara terus ke biliknya lalu ke meja belajarnya.Buku rujukan dicapainya. Setelah hampir jam 10.00 malam, dia terus menutup buku lalu merebahkan dirinya di atas katil.

           Bunyi jam loceng di meja tepi katil itu cukup untuk membangunkannya. Sara terus menuju ke kamar mandi yang turut berada di kamar beradunya.Usai bersiap, dia menuju ke dapur. Gelas yang telah diisi dengan susu, dicapainya lalu diteguk.
            “Mama jom.” Sara terus mengajak mamanya.Proton Perdana hitam metallic meluncur laju keluar dari perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.
            Sesampainya Sara disekolah, dia terus menuju ke kelasnya.Kelas 5Alpha bagaikan pasar.Tersangat bising. Entah gossip apa yang sedang hangat diperkatakan mereka. Masing – masing sedang berbual sesama sendiri.Tiada seorang pun yang sedang mengulangkaji pelajaran pada waktu pagi seperti ini.Memang inilah kebiasaan mereka pada waktu pagi.Berbual sehinggalah waktu pembelajaran dimulakan.Sara melangkah masuk ke kelasnya.Seorang demi seorang kawannya datang kepadanya.Sara juga penasaran. Ingin tahu apa yang terjadi dan apa yang dibualkan mereka.
            “ Gossip apa hari ni?” Tanya Sara kepada kawannya.
            “ Sara,Sara.. Kau tahu tak, aku dengar Akim nak pindah sekolah.”Balas temannya.Menjawab pertanyaan Sara yang tadi penasaran.
            “ Haa? Really? Mana kau dengar ni?” Tanya Sara dengan nada terkejut.
            “ Dah heboh satu sekolah lah wei..” terang kawannya yang satu lagi. Sara terus berlari menuju ke kelas Hakim.Seems like she really wanna know the truth about that thing.Kawan-kawannya terpinga-pinga dengan tindakan Sara. Tidak tahu pula Sara akan bertindak begitu sekali. Fikir mereka, Sara akan tunggu untuk menanyakan hal ini di rumah Hakim kerana mereka berjiran. Rupanya sangkaan mereka meleset.
            Di kelas Hakim, Sara cuba mencari Hakim. Namun, batang hidung pun dia tidak Nampak.Demi terpandangkan muka teman Hakim, dia terus menuju kearah teman Hakim itu.
            “Dil, kau ada Nampak Hakim tak?”Tanya Sara penuh mengharap.
            “Hakim?Aku rasa dia tak datang lagi lah Sara.”Balas Aidil.Aidil juga sebenarnya sedang mencari Hakim.Namun, apabila terlihat tempat duduk Hakim yang masih kosong, tahulah dia yang Hakim masih belum datang.
            “Owh. Okay then.” Jawab Sara hampa.
            Sara terus menuju kekelasnya.Harapannya untuk mengetahui tentang perpindahan Hakim juga hancur.Biarlah dia masih ada petang ini untuk mengetahui segalanya.Tapi, dia tersangat ingin tahu pada ketika ini juga.Sara terus menuju ke tempat duduknya.Diam seribu bahasa.
            Sara melihatkan penampilannya di hadapan cermin.Sudah okay.Dia terus menuruni anak – anak tangga dengan berhati-hati.Langkah kakinya menuju kerumah Hakim.Loceng dirumah Hakim tekannya. Tidak sampai 3 minit, keluar seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an datang membuka pintu.
            “Lah.Sara rupanya. Auntie ingatkan siapalah tadi. Masuklah.”Pelawa wanita itu yang merupakan ibu kepada Hakim.Sara dan wanita itu melangkah masuk.
            “ Sara lah auntie. Siapa lagi kalau bukan Sara yang nak datang rumah auntie tengah hari macam ni. Eh, auntie tak kerja ke hari ni?” Tanya Sara apabila melihat ibu Hakim yang membuka pintu.
            “Tak Sara. Auntie cuti hari ni. Ha, Sara datang ni cari Akim ke?” Tanya wanita itu kembali.
            “A’a. Akim ada auntie?”
            “Ada. Pergilah masuk dia. Dia ada dalam bilik dia.”Wanita itu membalas pertanyaan Sara sambil menyuruh Sara masuk kebilik Hakim.Sara terus mempamitkan dirinya lalu naik keatas bilik.Pintu bilik Hakim diketuknya.Memang dia sudah biasa berada dalam bilik Hakim.Selalunya apabila dia melepak di rumah Hakim, memang bilik Hakim lah yang menjadi tempat mereka berbual.Begitu juga apabila berada di rumah Sara.Bilik Sara lah yang menjadi lokasi tempat mereka berbual.
            “Ler.Sara ke?Ingatkan siapalah tadi.”Kata Hakim saat muka Sara terpacul di muka pintu biliknya.
            “Hehehe.Dah lama tak lepak kat bilik Hakim eark. Asyik dok lepak kat taman jer.” Memang itulah kenyataannya.Semenjak dua ini, tamanlah yang menjadi tempat lepak mereka.Bukan lagi bilik Hakim mahupun bilik Sara.
            “A’a. Sebab kat taman tu pun tak ramai orang.”
            “Kim, Sara nak tanya something ni.” Sara memulakan bicaranya.
            “Yupt. Nak tanya apa?” tanya Hakim penasaran.
            “Betul ke Kim nak pindah sekolah?” tanya Sara
            “Hah? Mana Sara dengar ni?” tanya Hakim dengan nada terkejut. Pelik. Dari mana entah Sara dengar semua ni.
            “Akim, da heboh satu sekolah.”
            “Mana ada.” Nafi Hakim.
            “Betul ke?” Sara menginginkan kepastian
            “Yupt.Totally betul.”Bersungguh-sungguh Hakim menjawab soalan Sara.
            “Promise me.”
            “Promise what?” Hakim bertanya. Sedikit blur.
            “Promise yang Akim tak akan pindah sekolah.” Sara bercakap dengan lebih jelas lagi.
            “Okay. Promise. Jap, nak pergi ambil air jap.” 
            Hakim turun kebawah mengambil air.Sara masih di atas.Dia menuju ke meja belajar Hakim.Dia mengambil salah satu buku Hakim.Saat itu, terjatuh dua keping tiket kapal terbang.Dia meneliti tiket itu. “minggu depan?” bisik hati kecilnya. Saat itu jugalah Hakim masuk ke bilik itu.Sara lantas bertanya.
            “Hakim, tiket apa ni?”
            “Haaa?Tiket?Nothing lah.” Nafi Hakim.
            “Kim nak pergi UK ke?”Sara bertanya. Masih tidak  berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Hakim.
            “Tak lah tiket tu dah cancel pun.” Hakim menerangkan yang sebenar.
            “Really?Kim, tak baik tipu. Better you tell me the truth.”
            “Yup. Tiket tu dah cancel.” Hakim meyakinkan Sara.
            “Okay. Fine.” Akhirnya Sara mempercayai apa yang dikatakan oleh Hakim.
            Hakim dan Sara terus berbual.Senja sudah mengundurkan diri.Begitu juga Sara.Diamempamitkan diri apabila jarum jam menunjukkan angka tujuh.

            Pagi itu indah seperti biasa. Dia sudah tidak endahkan lagi cerita tentang Hakim yang akan berpindah. Dia tahu hal yang sebenar.Memang benar Hakim ingin berpindah.Tapi itu semua ketika Uncle Joe tidak dapat menyelesaikan masalah di UK. Sekarang masalah itu telah selesai dan Hakim pun sudah tidak akan berpindah. Jadi dia sudah tidak endahkan apa yang dikatakan oleh orang ramai.
            “Wei Sara, Akim tak dating lah hari ni.” Ucap temannya saat dia sampai di sekolah.
            “Haa?Tak datang? Ikut dial ah.” Balas Sara sambil menuju ke tempat duduknya.
            Loceng dibunyikan.Ini menandakan waktu pulang sudah tiba.Sesi pembelajaran dan pengajaran dihentikan.Sara bergegas ke pintu pagar sekolah.Dia menuju ke arah Proton Perdana mamanya yang tersedia menunggu.
            “Mama.Akim demam ke? Dia tak datang sekolah lah hari ni.” Tanya Kaisara. Manalah tahu kot-kot mamanya tahu.
            “ Haisy. Anak mama ni. Tak tahu lagi ke, Akim dah fly ke UK lah sayang.”Lembut sahaja mama Kaisara membalas pertanyaan anak tunggalnya itu.
            “Haa?UK ma?Berapa minggu ma?”Kaisara masih lagi bertanya.
            “Entah lah Sara. Mama tak tahu pulak. Tapi,dengar-dengar dah pindah sana terus.” Jujur mama Kaisara berkata.
            “Really ma?”Masih inginkan kepastian.
            “Anak mama ni.Tak akan mama nak tipu Sara pulak.”
            “okay.” Lemah sahaja kedengaran suara Sara.’you are lying me Akim.’ Getus hati kecil Kaisara.Ahh, Kaisara tiba-tiba teringatkan sesuatu.lantaskan bertanyakan mamanya.
            “Ma, UPSR dia?”
            “Banyak Tanya betullah anak mama ni. Tak ambil lah sayang.”Balas mamanya.Kaisara terdiam.Masih berasa sakit hati dengan Hakim.Tapi, bukankah Hakim sudah berjanji dengannya??






PAST
FUTURE