Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks bf VS puppy love [2]
Sunday 27 May 2012 • 21:57 • 0 comments


           Adam masih disitu.Menunggu sepupunya bersiap.Hurgh.Besriap mengalahkan perempuan.Rungut hati Adam.Yalah. Sudah hamper 15 minit dia menunggu sepupunya. Batang hidung pun belum nampak.Sudahnya dia menunggu di luar rumah sahaja.Bukan di dalam rumah. Itulah Adam, orang ajak masuk tak nak. Pastu mulalah membebel macam perempuan.
            Adam sudah ingin masuk ke rumah sepupunya.Tidak betah dia menunggu lama-lama. Sepupunya pun satu, bukankah sudah berjanji akan ke kolej pada jam lapan pagi. Tapi,sekarang ni dah pukul lapan suku. Belum sempat Adammembuka kasutnya, muka sepupunya terpacul di depan pintu.
            “Sorry bro. lama ke kau tunggu aku?” Sepupunya meminta maaf.
            “ Tak adalah lama sangat. Tapi, dah berjanggut jugak lah.”Adam berkata sambil menuju ke keretanya yang terletak di hadapan pagar rumah sepupunya.
            Forte hitam meluncur laju kearah kolej mereka.Mereka terus ke kafe.Pada saat itu, Kaisara dan Farisya sudah berada di kafe.
            “Sara” perlahan sahaja.Namun, masih cukup untuk didengari sepupunya, Adam.
            “Weyh, kenapa dengan kau ne, tetiba saja keluar nama Sara. Kau kenal ke dua orang minah senget tu?”Tanya Adam sengall.
            “Nope.Tak kenal pun.By the way, Sara tu kawan aku.Mybe dia tengah rindu kat aku kot. Sebab tu terkeluar nama dia tu.” Jawab sepupu Adam poyo.
            “okay. Kawan kat UK ?”Adam masih bertanya.Namun, pertanyaan Adam kali ini tidak terjawab.Sepupunya hanya diam sahaja.
            Mereka berjalan memasuki kafe.Langkah kaki mereka menuju kearah Kaisara dan Farisya. Adam terus menyapa temannya yang dua orang itu setelah sampainya dia di sana. Sepupunya diperkenalkan kepada Kaisara.
            “Kiera, meet Ashraf. And Ashraf, meet Kiera.” Ujar Adam.
            “Kiera.Nice to meet you.”Kaisara memperkenalkan dirinya.Cukup sahaja untuk Ashraf mengetahui namanya.
            “Me too.”Balas Ashraf sambil bersalam dengan Kaisara sebagai tanda perkenalan.Ada sesuatu yang menusuk perasaan Kaisara saat dia bersalaman dengan Ashraf.Ashraf terasa seperti sudah lama dikenalinya.Kaisara terpaku sebentar.
            “Ehem, ehem.”Farisya berdehem.Mematikan lamunan Kaisara.Lantas, tangannya yang tergenggam erat dalam genggaman Ashraf, minta dilepaskan.Dia terus melepaskan tangannya.
            “Can I talk with you for a while?” pinta Ashraf kepada Kaisara.
            “Sure. But Ashraf, don’t you think this will burden you? To be my two weeks boyfriend.”Kaisara bertanya.Ya.Seharusnya dia bertanya. Manalah tahu, sebenarnya si Ashraf ni tak mahu jadi teman lelaki dua minggu nya. Tapi kerana dipaksa oleh Adam, terpaksalah dia berlakon sekali.
            “burdening me? For what? It’s just for two weeks okay. Then, it will over.” Ucap Ashraf dalam nada yang sombong. Mak oiih, sombongnya laki ni. Monolog hati Kaisara.
            “Kat sana.”Sambung Ashraf sambil menunjukkan meja yang paling jauh. Kaisara hanya mengikut sahaja apa yang diinginkan Ashraf. Lelaki ini ingin menolongnya pun, sudah dia bersyukur. Jadi, tak perlu lah dia merungut akan apa yang diinginkan lelaki ini. Tapi, setakat termampu sahajalah.Sebagai tanda terima kasih.
            Ashraf terus berjalan menuju ke mejayang ditunjukkan tadi.Kaisara pula, hanya menuruti langkah kaki Ashraf.Mereka meninggalkan Farisya dan Adam di situ. Adam dan Farisya, not allowed. This is just for two weeks couple. Ecececeh…
            “Nama budak tu Farhan?Dia tergila-gilakan kau dan kau dah tak tahu macam mana nak suruh dia jauh dengan kau, right?”Ashraf bertanya.Ayat pembuka bicaranya.Dia tahu semua ini pun kerana Adam yang memberitahunya semalam. Kata Adam, ada kawan perempuannya, yang dah serabut sangat dengan peminat tegarnya. Peminat tegar?Ya.Itulah yang dikatakan Adam semalam.
            Pada saat Adam bercerita tentang Kaisara, apa yang ada dikepalanya, rupa Kaisara tidak ubah seperti salah seorang ahli girl band dari Korea, Sandara Park. Itulah Ashraf. Peminat Kpop. Tapi, setelah berjumpa dengannya tadi, ternyata sangkaannya meleset.Rupa Kaisara tidaklah secantik Sandara Park itu.Tapi, dia memiliki wajah yang putih melepak, hidung yang mancung dan bibir mungil yang merah.Sekarang ini pun, tanpa sebarang alat solek tercalit diwajahnya, dia masih lagi kelihatan cantik .Persis Song Ji Hyo. Aisy, Ashraf ni tak habis-habis lagi dengan muka koreanya. Tapi memang benar.Mana taknya, ayahnya kacukan Korea dan Pakistan.Pelik bukan.Korea dan Pakistan?Macam manalah boleh bersatu.Mamanya pula melayu tulen.
            “Hello. Ashraf.Apa yang awak dok mengelamun tu?” Tanya Kaisara setelah beberapa kali dia membalas pertanyaan Ashraf namun, Ashraf kelihatan seperti berada di alam lain.
            Lamunan Ashraf terhenti setelah Kaisara berkata begitu tadi.Sebenarnya, bukan disebabkan kata-kata Kaisara, tetapi disebabkan suara Kaisara yang dikuatkan sedikit.
            “Tak.Tak ada apa-apa. By the way, betul tak apa yang aku kata tadi? Pasal Farhan.”
            “Yupt.Saya dah serabut sangat dengan dia. Lagi satu, dia selalu ikut saya. That’s why saya minta tolong awak.” Kaisara masih lagi ber-awak saya walaupun Ashraf ber-kau aku dengannya.

            “Hurm~ Dia selalu ikut kau?Nak kata kau cantik, not bad lah. Tapi, musykil ni. Entah-entah kau bagi dia ubat pengasih tak?”Lancang sahaja mulut Ashraf berkata-kata.Tidak sedarkah dia bahwa dia sedang bercakap dengan perempuan.Hati perempuan ini mudah tersentuh wahai Ashraf.
            “Hei Ashraf! Watch your word okay! Saya tak gilalah nak buat benda macam tu. Belum terdesak lagi.Tapi kalau terdesak pun tak buat jugak.Lagi pun, kalau saya bagi dia pengasih, buat apa saya nak lari dari dia?”Kaisara sudah berapi.Yalah.Siapa tak marah jika dituduh dengan tuduhan tak berasas seperti itu.Dalam dirinya masih ada iman. Walaupun terdesak sekali pun dia tidak akan pernah melakukannya. Tadi nasib baik dia masih lagi boleh mengawal kemarahannya.Kalau tidak sudah lama dia juga ber-kau aku dengan Ashraf. Malah sudah lama Ashraf akan disembur Kaisara.
            “Okay, okay. Tapi, benda kecil macam tu pun tak boleh nak handle. Memanglah.”Ashraf berkata perlahan.
            “Eh, tak payah nagging lah wei. Nak tolong ke tak?”Tahap kesabaran Kaisara sudah sampai ke kemuncaknya.
            “Kalau aku tak nak tolong pon, memang kena tolong jugakkan?Sebab kau dah tak ada orang nak minta tolong.”Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulut Ashraf.
            “Apa awak ingat awak seorang saja ke lelaki yang wujud kat atas muka bumi ni? Ramai lagilah.Adam ada.Susah apa.”          
            “Hey, Adam tu dah satu kolej tahu dia couple dengan Lya.” Ashraf mengingatkan Kaisara.Manalah tahu kalau betul-betul Kaisara nak suruh Adam berlakon jadi fake boyfriend dia.
            “Eleh, kalau awak tak nak, dan satu kolej tahu Adam couple dengan Lya, saya ambil ajalah bangla tepi rumah saya ke, datuk saya ke, pak sedara saya ke!” balas Kaisara sengall.
            “Eh,kau ni tinggal kat setinggan ke apa? Rumah tepi rumah bangla.”Ahh.Ashraf dan Kaisara sudah sama-sama sengall.
            “Whatever lah.Tak nak tolong cakap tak nak tolong.Kan senang.”Kata Kaisara sambil berlalu pergi.Persis orang merajuk sahaja lagaknya.
            “Okay,okay. Aku tolong.” Jerit Ashraf. Adam dan Farisya menoleh kearah mereka.
            Kaisara berhenti berjalan.Dibibirnya sudah terukir senyuman.Lantas, dia berpaling kearah Ashraf.Langkah kakinya menuju ke tempat itu semula.Taktiknya menjadi. Dia tahu yang Ashraf akan menolongnya. Cuma, Ashraf seperti ingin mencari gaduh dengannya.Jadi, terpaksalah dia berkelakuan seperti.Akhirnya senyap juga Ashraf.
            “See. Saya tahu awak akan tolong saya. Kan bagus tolong orang kadang-kadang, jarang-jarang.Dapat jugak pahala.”Gembira saja suara Kaisara.
            “Kau kalau tak membebel ne, tak boleh ke? Pot-pet sana, pot-pet sini. Mengalahkan Mak Joyah jer.”
            “Mana awak tahu saya dah pernah mengalahkan Mak Joyah ni? For your information, nagging is my speciality. Understand?”  Kaisara memerli Ashraf.
            “Ok. Aku faham. But pity your future husband. Mesti dia kena dengar kau membebel tiap-tiap hari kan?”
            “Eh, dia ni kan ada jer nak gaduh ngan aku.Ikhlas ke tak nak tolong aku ni.” bisik Kaisara kepada dirinya. Namun, apa yang diucapkan Kaisara, walaupun perlahan, tapi masih cukup untuk menyapa telinga Ashraf.
            “Cik Kaisara, ikhlas tak seseorang tu, manusian tak nilai. Hanya DIA yang tahu.”Ashraf  dah jadi ustaz terr. Kaisara sudah malas berkata apa-apa. Dia terus berjalan meninggalkan Ashraf keseorangan di stu.Dia menuju ke tempat Adam dan Farisya.Ashraf cepat-cepat menuruti langkah kaki Kaisara.
            “korang bual apa tadi?” ayat pertama yang keluar dari mulut Farisya setelah mereka berdua sampai di tempat mereka. Busybody lah tu.
            “nothing.” Balas Kaisara ringkas.
            “Okay. To make this seem like the real couple, korang berdua panggil each other dengan nama lain.” Cadang Adam.
            “Nama lain? Mean? I can’t understand.” Ashraf masih tidak faham.Yelah.Ayat Adam tu tak specific.Universal.
            “ Macam sayang ke, honey ke, baby ke.” Celah Farisya.
            “Gedik!” terpacul ayat itu keluar dari mulut Kaisara.
            “Okay. Yang Farisya tu, dah overdose. What I mean, Ash, ko panggil Kiera dengan nama Sara and . . . “ belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Ashraf menyampuk.
            “Nope. I’m not going to call her, Sara. Nama tu betul-betul tak sesuai dengan dia. Terlebih ayu untuk perempuan macam dia.”Lancang mulut Ashraf berbicara.Tanpa menghiraukan perasaan Kaisara.
            “Heyy jantan, kau ingat aku suka sangat kau panggil aku dengan Sara? Kau tahu tak yang kau ni tak layak nak panggil dengan nama Sara tu!” Kaisara sudah marah ni. Berkau-aku siap.Ashraf ingin membalas.Namun, belum sempat dia membuka mulut, Farisya sudah berbicara. Kempunan hajat di hati nak balas balik kat Kaisara tu.
            “Korang, aku pelik sebenarnya dengan korang ni. Masa korang berbual kat sana tu nampak baik je. Dan serious aku cakap, korang memang ada chemistry.Aku nampak lah.Tapi, entahlah.Korang asyik gadoh je.”
            “Risy, dah!Jom masuk kelas. Kelas 10 minit lagi ni. Geng, chiou dulu yeah.”Bicara Kaisara sambil menarik tangan Farisya menuju ke dewan kuliah.


PAST
FUTURE