Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
2weeks bf VS puppy love [1]
Saturday 26 May 2012 • 13:54 • 0 comments


            Kaisara keluar dari kelas yang dihandle oleh En.Airyll dengan wajah yang mencuka. Dia tidak memahami langsung apa yang diperkatakan oleh En. Airyll tadi.Geng minah-minah gedik dibelakangnya tadi terlalu bising. Sudah beberapa kali diingatkan oleh Kaisara agar jangan terlalu  bising kerana mereka akan mengganggu kosentrasi Kaisara. Namun, tidak diendahkan mereka.Farisya, temannya Kaisara juga keluar dengan wajah yang amat sebal.
            Kaisara dan Farisya berjalan menuju ke kafe.Memang itu lah rutin mereka selepas kelas mereka tamat.Belum sempat kaki mereka melangkah masuk ke kafe, Kaisara terdengar suara orang memanggil namanya.
            “Kiera, tunggu jap.” Kaisara menoleh kearah suara itu.Dia mencari suara yang memanggilnya.
            “Yes. You nak apa?” Tanya Kaisara kepada pemilik suara itu.
            “Kiera, you sendiri pun tahu kan apa yang I nak.” Lelaki itu menjawab.
            “Han. Sorry. Dah berapa kali I cakap kat you Han, susah untuk I terima you Han.” Kaisara berbicara.Dia tahu dia perlu bijak berbicara agar lelaki itu tidak terasa dengannya.
            “ Tapi kenapa Kiera?” Lelaki itu masih tidak berputus asa.
            “Farhan, don’t ask her why. She must have her own reason. Dan aku rasa baik kau cari orang lain jer lah.” Farisya berkata-kata bagi pihak Kaisara.Usai berkata-kata, dia terus menarik tangan Kaisara ke kafe.Kaisara hanya menurut sahaja.
            Fariesya dan Kaisara melihat semua rakan-rakannya berada di situ.Mereka terus menuju kemeja yang dikerumuni teman-temannya itu.Memanglah mereka itu kaki kafe.Setiap masa berada di kafe. Kafe ni lah yang menjadi port mereka sementara menunggu kelas yang lain akan bermula. Atau pun, untuk mereka berbincang tentang apa sahaja.
            “Weih, kau orang dengar lah ni. Aku nak story mory something ni kat kau orang.” Kaisara memulakan bicaranya sesampainya dia disana.
            “cerita apa lah yang hot sangat ni. Sampaikan kau datang pun tak bagi salam.” Temannya, Alya menyakatnya.
            “memang hot pun story yang dia nak morykan kat kita ni.” Farisya mencelah.
            “Okay. Tell me the story. Aku dah tak sabar nak dengar cerita hot kau ne.” Adam pula berbicara.
            “Let me tell that.” Farisya sudah menunjukkan ke’busybody’an dia.
            “Sibuk jer kau ni. Cerita jer lah.”Kaisara pula membalas.
            “Hehehe.Tak marahkan?Ehem. Tadi kan, jumpa si Farhan tu. Dia tu still ikut Kiera. And, he asked Kiera why  Kiera tolak dia punya cinta yang suci, abadi dan sejati. Apa punya soalan lah yang dia tanya tu. Budak darjah enam pun tak tanya soalan cenggitu.” Cerita Farisya. Tapi, dipendekkan.
            “Haisy. Dia still ganggu kau lagi ke? Memang lah dia tu tak faham bahasa. Nanti aku try cakap dengan dia guna bahasa Perancis pula. Mana tahu kot-kot dia faham.”Alya sudah menunjukkan sengall nya.
            “Yupt. Dia still ganggu. And I think, he’ll stop disturbing me if only I have a boyfriend. I need someone to be my boyfriend for this two weeks mybe. Farhan tu tak dengar apa yang aku cakap. So, I think this the one and only way we have to stop him from disturbing me.” Panjang lebar Kaisara memberi penerangan tentang idea nya,
            “Kalau kau need someone, aku boleh bagi. Ni, ada cousin aku.Dia baru balik dari UK. And he’ll further his study, here. So, let him be your two weeks boyfriend. This will be an interesting game ya know.” Adam berbicara sambil tersenyum.Senyuman yang penuh makna.
            “Really?Tapi macam perigi mencari timba lak.”Kaisara mengeluarkan pendapatnya yang tersendiri.Iya lah.Macam perigi mencari timba lah.Sebab Kaisara yang mencari lelaki.
            “Eh, kau rilex jer lah.Dah kau serabut sangat dengan Farhan. Korban kan sedikit ego kau tu.” Alya pula berkata-kata.
            “Okay then. Kau panggil jer lah cousin kau tu.” Arah Kaisara kepada Adam.
            “Okay. Esok dia masuklah.Nanti aku kenalkan kat kau. Tapi, boleh je kan kalau aku cerita sikit-sikit pasal kau kat dia. Biar dia faham sikit situation kau. Tak pe kan? Aku cerita pasal Farhan jer.” Adam bertanya.Yer lah. Dia mestilah cerita juga sikit-sikit sal Farhan tu. Senang sikit sepupu dia nak berlakon nanti.
            “Kau cerita jer lah.Susah apa nya.”Farisya menyampuk.
            “Kau better diam Riesy.Adam, kau cerita pasal Farhan jer tau.Tak ada lah tebal sangat muka aku nanti.”
            “Okay. Nanti aku cakap kat dia. Eh, aku ngan Lya blah dulu ni. Sibuk dengan masalah kau, sampai kelas aku pun tak ingat. Okay. Blah dulu.”Adam mempamitkan dirinya.Tangan Alya dipegang.
            “Okay lah Riesy, Kiera. Aku blah dulu taw. Kau tak yah ah risau sangat pasal Farhan tu. Kay, bubbyee.” Pamit Alya. Alya dan Adam beriringan keluar dari kafe menuju ke kelas mereka.Kaisara dan Farisya masih di kafe.
            “Adui~ banyak betul masalah sekarang ni.” Kaisara mengeluh.
            “Rilex lah Kiera. This problem will settle as soon as possible.” Farisya menenangkan Kaisara yang tengah serabut pada ketika ini.
            “Aku berharap sangat this will settle secepatnya. Farhan pun jenis tak faham bahasa.Dah aku kata tak nak, tak nak lah.”
            “Eh, tapikan, kenapa kau tolak Farhan ha? Padahal dia tu handsome, pandai, loaded. Senang kata cukup package lah.Kenapa hah kau tolak dia?”Farisya tertanya-tanya.
            “Entah.”Pendek sahaja jawapan Kaisara.
            “Tapi, setahu aku dah banyak juga yang direject kau ni. Kau ni sebenarnya ada perasaan tak kat lelaki?”Farisya menduga.
            “Sebab aku ada perasaan kat lelaki lah aku tolak mereka semua tu.” Selamber saja Kaisara berkata.
            “ha? Tak faham lah.”Farisya sudah terpinga-pinga. Tidak faham apa yang dikatakan Kaisara. Entahlah kenapa dengan Farisya hari ini.Semuanya jadi tak betul. Sekarang ni, jadi lambat pick up la pulak.
            “Tak faham?Tak apalah.”Pendek sahaja jawapan yang diberikan Kaisara.Malas mengulas panjang.
            “Wei, cakaplah. Aku nak tahu ni.” Desak Farisya.
            “Aku dah cakap.Kau yang tak faham.”
            “Alaa.Kau cakaplah sekali lagi.”Farisya masih ingin tahu.
            “Malas.Dah lah. Aku dah nak balik ni.” Kaisara mempercepatkan langkahnya.Tidak mahu memanjangkan hal itu.’
            “Tak per lah kalau macam tu. Aku ingat Kiera.” Jerit Farisya. Kaisara menoleh kearah Farisya lalu menghentikan langkahnya.
            “Suka hati kau lah Riesy.Tapi, aku promise, one day kau akan tahu jugak.”
            “Okay. Aku pegang kata-kata kau, Kiera.”Kata Farisya sambil mengejar langkah Kaisara.


PAST
FUTURE