Breath of Life
follow Dboard review entry linkies about


Yuyaa // 18 yo // engineering and computer science student
template by : leejaehyun
cRazEe lUrv gAmE (CLG) bab 1
Monday 12 March 2012 • 16:31 • 0 comments


Damiya masih disitu. Masih ralit membaca novel Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah.Sekejap dia menangis.Sekejap dia ketawa.Bodoh punya Farish.Apasal kau percaya kata Suraya dan Farah tu?kasihan kat Riesya.Dah la dia tu pregnant.Bodoh la Farish Hakimi ni.Percaya sangat kat Farah dan Suraya.Getus hati Damiya.Tidk cukup dengan itu  pandai-pandai pula dia mengubah jalan cerita.Setiap adegan yang sedih pasti akan diubah jalan ceritanya.Lebih parah lagi,boleh pula dia bayangkan dia itu watak utama.Setelah itu,mulalah dia menangis.
    "Wei,amek towel ne,handkerchief yang kau gune tu,tk cukup besar la.handkerchief kau tu dah boleh perah dah.Towel ak ne besar sikit."
    "Kau ne gamgu aku jer Sara."
    "Dah aku ganggu kau,yang kau datang sini buat apa?Asal kau datang sini jer mesti baca novel.Asal kau baca novel jer,mesti kau datang sini."
    "Alaa.Kalau kat rumah,mama aku suruh tolong dia la.Kalau bukan tolong dia,mesti kena tolong Mak Mah.Malas la wei."
    "Suka hati kau la Miya.Aku nak keluar kejap ni,petang nanti aku balik."
    "okay."balas Miya lalu meneruskan pembacaannya.Setiap kali hujung minggu,dia pasti akan kerumah temannya yang seorang ini.Bukan apa,kalau di rumah,pasti ada sahaja kerja yang sedang menunggunya,Kalau bukan membantu mamanya,pasti disuruh untuk membantu orang gajinya,Mak Mah.Petang Jumaat,sesudah habis kelas,pasti dia akan datang ke sini.Maisara yang sudah faham telah menyediakan sebuah bilik untuknya.Alasan yang diberikan kepada mamanya,untuk menyiapkan assignment. Memang benar itu adalah tujuannya. Tapi,sampingan sahaja. Yang sebenarnya, dia tidak suka diganggu ketila membaca novel. Ah,suka hati lah Damiya.


    Petang itu Maisara pulang dengan wajah yang keruh.Berdentum pintu biliknya dihempas.Damiya yang berada di ruang tamu tidak dihiraukannya.Damiya sudah masak dengan perangai Maisara.Pasti ada yang tidak kena.Damiya sendiri sudah biasa dengan mood swing temannya itu.Waktu mula berkawan dulu,kecut juga perutnya,tetapi,setelah lama berkawan,perkara itu sudah biasa dengan dirinya,bak kata pepatah,alah bisa tegal biasa.
    Dia melangkah menuju ke dapur.Hati Maisara perlu disejukkan segera.Dia segera menyediakan nescafe panas.Perlahan-perlahan,pintu bilik Maisara diketuknya.Ada suara menyuruhnya masuk.Damiya sedikit lega.Dia masuk dan meletakkan sebuah mug diatas meja tepi katil Maisara.Damiya sekali lagi menarik  nafas lega apabila melihat senyuman dibibir Maisara.Damiya mula mengatur bicara.Tersilap bicara tentu Maisara tidak akan membuka cerita tentang apa yang berlaku tadi.
    "Sara,aku bukan nak masuk campur pasal kau,tapi,aku tak suka lah tengok kau macam ni.Siapa yang buat kau jadi macam singa ni?"Tanya Damiya.Dia tahu Maisara tidak akan marah.Telahannya betul.Maisara tersenyum mendengar perkataan singa itu.
   "Tak..Lepas pergi tengok wayang dengan Aiman,kita orang pergi makan.Then,masa dia pergi toilet,dia tertinggal handset dia. Ada perempuan call dia.Aku tanya siapa,perempuan tu cakap,dia tu awek Aiman."Terang Maisara.
    "Haa!! Really?Habis tu macam mana korang sekarang ni?"
    "Camtu je la.Aiman cakap dia couple dengan perempuan tu sebab dia kena challenge dengan kawan dia.Diorang betting.Kalau Aiman boleh couple dengan perempuan tu,diorang belanja tengok wayang and top-up RM 100."
   "La.Camtu ke?Kau rilex la dulu.Minum nescafe ni."Katanya sambil menghulurkan mug yang berisi nescafe.Cuba untuk menenangkan Maisara.
   "Sara,aku percaya... Aiman tak ada perasaan kat perempuan tu.Kan kau kata yang dia couple dengan perempuan tu sebab kena cabar.Dia takkan sayangkan perempuan tu.Believe me lah Sara."Perlahan-lahan Damiya menyusun ayat...Tidak mahu hati teman baiknya ini terluka lagi.
    "Tu pendapat kau..cinta tu boleh datang tau.Mane tahu,perempuan layan dia lagi baik dari aku...dan kalau lama-lama dok mesej macam couple gitu.Hati mana tak jatuh sayang."Maisara pula berkata.Sungguh tidak pernah terfikir oleh Damiya apa yang difikirkan Maisara itu.Damiya tidak pernah terfikir akan itu semua.Aiman sememangnya seorang yang cukup setia.Dia percaya Aiman akan setia dengan Maisara.Tapi,kalau Aiman dah jatuh sayang kat perempuan tu seperti yang dikatakan Maisara,pada siapakah Aiman akan setia?soalan yang jawapannya tidak dapat difikir oleh otak geliga Damiya.
   "Sara,kau sabar lah.Cuba kau slow talk dengan Aiman."cadang Damiya.bukankah setiap masalah ada penyelesaian.
   "Yupt!Aku nak suruh dia pilih aku atau perempuan tu."Laju ayat itu keluar dari mulut Maisara.Terkesima Damiya.
    "That's not what I mean Sara."
    "Tapi itu yang aku maksudkan."Bicara Maisara.
    "Kau fikir baik-baik Sara."Damiya memang tidak bersetuju langsung.Kalau diberi pilihan,dan Aiman memilih Maisara, itu tak apa.Dibuatnya Aiman tak nak lepas kedua-duanya.Atau pun lebih memilih perempuan tu,tak ke naya Maisara.Lebih baik tak diberi pilihan.Itu yang berada di kepala Damiya.Fikiran Maisara siapa yang tahu.
   "Sara,aku masuk bilik dulu.Kalau ada apa-apa panggil aku ,okay?"
   "Hurm"
   "Kau fikir baik-baik dulu sebelum buad keputusan Sara."Nasihat Damiya.ya lah.Mana tahu kalau Maisara betul-betul ambil keputusan camtu.Damiya terus keluar daripada bilik rakannya itu.Kakinya melangkah masuk
ke dalam biliknya.Damiya merebahkan dirinya di atas katil.Sekejap sahaja dia sudah terlelap.



PAST
FUTURE